Ketua jurulatih pasukan bawah 23 tahun Indonesia (B-23), Indra Sjafri kini disebut-sebut sebagai calon utama dinaikkan pangkat untuk mengendalikan skuad senior bagi menghadapi baki perlawanan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tahun depan.

Kejayaannya membawa Indonesia meraih pingat perak temasya Sukan SEA kelmarin dan menjuarai kejohanan AFF B-22 pada bulan Februari lalu sudah cukup membuktikan kemampuannya membimbing Garuda di pentas antarabangsa.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan Bule mengakui Indra merupakan seorang jurulatih yang bagus dan sedia mempertimbangkan khidmatnya.

“Indra Sjafri bagus. Ya nanti akan kami akan pertimbangkan, bukan sekarang. Sabar dulu, bincang dulu, yang jelas masih ada empat perlawanan yang perlu dihadapi. (Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023),” ujar Iriawan dalam CNN Indonesia.

Pelatih Timnas Indonesia U-23, Indra Sjafri. Foto: Zing.vn
Pelatih Timnas Indonesia U-23, Indra Sjafri. Foto: Zing.vn

Nama Indra Sjafri mula menjadi sebutan dalam kalangan penyokong Indonesia selepas beliau membawa skuad B-19 muncul sebagai juara Kejohanan AFF B-19 pada tahun 2013.

Pencapaian terbaik Indra sepanjang membimbing pasukan itu ialah membawa skuad Garuda Muda layak ke suku akhir kejohanan AFC B-19 di Jakarta pada tahun 2018.

“Saya akui Indra Sjafri adalah seorang jurulatih yang mempunyai pencapaian yang baik dan sekarang berpeluang dicalonkan untuk jawatan skuad senior,” katanya.

Sebelum ini, bekas pengendali skuad Piala Dunia Korea Selatan, Shin Tae-yong dilaporkan telah menolak tawaran untuk melatih skuad kebangsaan Indonesia bagi menggantikan tempat Simon McMenemy yang ditamatkan kontrak.

Selain Tae-yong, seorang lagi calon yang menjadi pilihan untuk melatih skuad Garuda ialah Luis Milla. Beliau sanggup menurunkan gajinya dan berharap PSSI dapat menimbangkan permohonannya untuk kembali ke Indonesia.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia yang kami sediakan untuk anda.

Ranking FIFA Vietnam Alami Kenaikan Mendadak Sejak Dikendalikan Park Hang-seo

48 Kelab J.League Lulus Perlesenan Kelab AFC Untuk Tahun 2020, Liga Paling Banyak Terima Lesen AFC Di Asia

Firza Andika Intai Peluang Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Depan

Sumber