Pemain tengah Persija Jakarta, Marc Klok semakin hampir menjadi warganegara Indonesia apabila proses naturalisasinya kini sudah memasuki tahap akhir menurut laporan daripada BolaLob.
Proses naturalisasi pemain yang berusia 26 tahun itu turut mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia (KEMENPORA) serta berpeluang mewakili skuad kebangsaan jika mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).
“Yang pasti memang bukan rahsia lagi bahawa Persija sedang mempercepatkan proses naturalisasi Klok,” ujar Pengarah Teknikal Persija Jakarta, Ferry Paulus.
“Slot pemain import Klok akan digantikan dengan pemain lain. Kita sudah berkomunikasi dengan banyak pemain asing,” tambahnya.
Pendaftaran pemain import untuk Liga Indonesia akan ditutup pada hari ini, Persija dijangka akan menyenaraikan seorang lagi pemain import di posisi tengah.
Klok sudah beraksi dalam saingan Liga Indonesia sejak tahun 2017 dan pernah membantu PSM Makassar muncul sebagai naib juara Liga 1 pada tahun 2018 dan juara Piala Indonesia pada tahun lepas.
Jika proses naturalisasinya berjaya diselesaikan, beliau kemungkinan akan dipanggil untuk memperkuatkan Timnas Indonesia dibawah kendalian Shin Tae Yong dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan datang.
“Saya akui proses naturalisasi ini tinggal sedikit lagi. Tapi kita tak tahu bila ia akan selesai. Semoga cepat selesainya. Kita tunggu dan saya masih sabar,” jelas Marc Klok.
Selain Marc Klok, Indonesia kini sudah mempunyai lima pemain naturalisasi yang sudah lama beraksi dalam saingan Liga Indonesia iaitu Otavio Dutra, Greg Nwokolo, Osas Saha, Alberto Goncalves dan seorang pemain yang pernah beraksi dalam Liga Thailand bersama kelab PTT Rayong iaitu Victor Igbonefo.
Lihat artikel lain mengenai pemain naturalisasi sekitar negara Asia.
Bekas Penyerang Felda United, Thiago Augusto Kini Merupakan Pemain Naturalisasi Bahrain
Pemain Naturalisasi Liga Vietnam Ini Dipenjara 16 Tahun Selepas Bersalah ‘Scam’ Perempuan Tempatan