Bekas pemain Manchester United, Paul Ince menganggap Cristiano Ronaldo terlalu diberikan perhatian dan dilihat telah memberikan contoh buruk kepada rakan sepasukannya yang lain dalam skuad tersebut.
Malah, Ince turut melihat Ronaldo bukanlah seperti dirinya ketika bergelar bintang Manchester United pada sekitar 2003 hingga 2009.
Kehadiran semula Ronaldo di Old Trafford pada mulanya disambut dengan penuh keterujaan oleh para penyokong The Red Devils tetapi kini persembahannya seperti menjadi pertikaian banyak pihak.
Pada enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL), Ronaldo hanya terlepas satu aksi akibat kecederaan, namun tiada jaringan yang mampu diledakkannya.
“Ini bukanlah Ronaldo seperti dia berusia 19 tahun apabila dia pertama kali berada di Old Trafford, dia merupakan Cristiano Ronaldo yang sudah berusia 37 tahun.”
“Apabila anda mengatakan dia akan menjadi hebat untuk kelab dan pemain muda, anda akan fikir ia akan berlaku,” ujar Ince menurut laporan dikeluarkan Goal.
“Tetapi, dia melangkah keluar menuju ke terowong dan menunjukkan tanda protes seperti keanak-anakan. Bagi saya ia merupakan satu contoh yang buruk.”
“Ini adalah seseorang yang berada di penghujung kariernya dan sekiranya dia tidak boleh bermain menentang Burnley yang berada di kedudukan terbawah liga, ada sesuatu yang serius.”
“Ia sepatutnya mengenai pasukan, tetapi ia kini semuanya terarah tentang Ronaldo,” tambah Ince lagi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia:
Piala AFF B-23: Seorang Lagi Positif COVID-19, Malaysia Teruskan Kempen Dengan 27 Pemain
Safee Sali Gesa Kim Pan-gon Segera Fahami Budaya Bola Sepak Malaysia