Odion Ighalo telah menjelaskan bahawa Cristiano Ronaldo dan kesemua pemain bintang dari kelab eropah yang lain datang bermain di Arab Saudi kerana wang.
Baca Juga:
- Ronaldo Klaim Dia Punca Liga Pro Saudi Lebih Bagus Bakal Pintas Liga Turki Dan Belanda
- Cristiano Ronaldo Pemain Lelaki Pertama Catat 200 Penampilan Antarabangsa
- Lee Zii Jia Jadikan Cristiano Ronaldo Sebagai Inspirasi
Ighalo tidak melayan cakap cakap menyatakan bahawa ada pemain datang ke Arab Saudi kerana semangat kepada bola sepak atau ‘passion’.
Ronaldo juga tidak terkecuali, walaupun pemain itu sebelum ini pernah menyatakan dia datang ke Arab Saudi kerana mahu membantu bola sepak Arab Saudi, bukannya kerana wang semata mata.
Ronaldo juga menegaskan bahawa ramai pemain hari ini datang ke Arab Saudi kerana mengikuti jejak langkahnya.
Ronaldo menyertai Al Nassr pada pertengahan musim lalu selepas menamatkan kontrak dengan Man United.
Kenyataan itu tidak begitu dipersetujui Ighalo dalam satu sesi tembual santai beliau.
Bekas penyerang Man United itu berkata: “Bro, ianya lebih kepada fasa pengakhiran kepada karier bola sepak seseorang pemain. Itulah sebabnya kami pergi ke Arab Saudi.”
“Pemain nama besar macam Ronaldo, apa lagi sebab dia datang ke Arab Saudi? Adakah dia masih memikirkan soal passion?”
“Ronaldo, dia [sebelum ini] menjana pendapatan lebih 100 kali ganda lebih besar daripada pendapatan sepanjang hidup saya dan dia masih mahu pergi ke Arab Saudi.”
Uncle Ighalo never misses pic.twitter.com/pjstjfuYEL
— Ayo🇳🇬 (@Ayo_Ajayi_) July 24, 2023
“Jadi kamu nak kata dia pergi sebab passion? Ianya sebab duit bro.”
“Kami semua bermain untuk duit, bukannya passion.”
$418m private jet flexing. He ain’t lying…
Soft life pro Max 👀🥵 pic.twitter.com/PRjZaroPFx— ✨👑 DaddyMO👑✨🏁 (@therealdaddymo1) July 26, 2023