Satu footage video disebarkan di media sosial menunjukkan sekumpulan hooligan daripada kalangan ultras Feyenoord telah menyerang penyokong Atletico di anjung koporat Stadium Wanda Metropolitano.

Baca Juga:

Kejadian itu berlaku ketika aksi Liga Juara-Juara antara Atletico Madrid dan Feyenoord pada petang Rabu. Keganasan tercetus di dalam Civitas Metropolitano apabila peminat kedua-dua pasukan bertembung di dalam bahagian VIP stadium.

Tindakan ganas itu telah menyebabkan kecederaan kepada penyokong Atletico termasuk seorang kanak kanak remaja yang terpaksa dikejarkan ke hospital.

Menurut seorang saksi, kejadian itu bermula selepas hooligan Feyenoord mula memukul peminat Atletico, dan kemudian mula membaling meja dan kerusi.

Walaupun didakwa penyokong Feyenoord memulakan insiden itu, Atletico tetap akan menjadi pihak yang perlu bertanggungjawab kerana gagal menyediakan perlindungan keselamatan terbaik – menurut UEFA.

Ia belum diketahui sama ada penyelaras keselamatan UEFA akan merujuk insiden itu, tetapi jika ya, Atletico Madrid berkemungkinan akan dikenakan hukuman oleh badan induk bola sepak Eropah. Buat masa ini, tidak jelas apakah hukuman itu.

Ini bukan kejadian keganasan bola sepak pertama melibatkan penyokong dari Belanda. Musim lalu, seorang penyokong PSV telah menyerang penjaga gol lawan.

https://youtu.be/BXh0HT0p4BY

Beberapa minggu lalu aksi antara Feyenoord dan Ajax dihentikan seketika selepas penyokong Ajax membaling suar ke dalam padang. Malah ada penyokong cuba menceroboh masuk ruang VIP.