Richarlison semakin hampir menjadi pemain baharu Tottenham Hotspur.
Spurs melancarkan bidaan ke atas pemain itu dalam minggu ini. Spurs setuju membayar £50 juta kepada Everton dengan bonus tambahan lain.
Everton menjual Richarlison yang memasuki tahun akhir dalam kontraknya. Pemain antarabangsa Brazil itu sebelum ini dikaitkan dengan beberapa lagi pasukan eropah yang lain.
Namun Tottenham bertindak pantas menyambar pemain itu tanpa mahu menunggu dia menjadi ejen bebas.
Richarlison sudah menyatakan hasratnya kepada Everton bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu selepas 4 musim bersama. Dan dia sudah memberitahu bahawa dia tak akan melanjutkan kontraknya bersama kelab Merseyside itu.
Pemain antarabangsa Brazil itu akan menjalani pemeriksaan medikal di Brazil.
Dia merekodkan 152 perlawanan bersama Everton dengan menjaringkan 53 gol.
Dia bermain di pelbagai posisi ketika di Everton termasuk false no.9. Dianggap sebagai salah satu pembelian terbaik Everton dalam beberapa tahun terakhir ini.
Spurs turut menjangkakan bek tengah Barca, Clement Lenglet akan menyertai Richarlison.
Barcelona dan Spurs sudah mencapai kesepakatan harga namun masih perlu mencapai kesepakatan gaji dengan pemain itu.
Spurs sangat aktif dalam jendela perpindahan kali ini. Mereka sebelum ini sudah mengesahkan pembelian Yves Bissouma, dan menandatangangi Ivan Perisic secara percuma.
Selain itu, Tottenham turut menandatangani Fraser Forster sebagai penjaga gol simpanan.
Tottenham have signed Richarlison on a permanent deal, here we go! First part of paperworks now signed with Everton, after full agreement on personal terms. 🚨⚪️🇧🇷 #THFC
Fee will be £50m guaranteed plus add-ons. Richarlison, on his way for medical tests in Brasil. Done deal. pic.twitter.com/r5zFOJPK1f
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 30, 2022
Penyokong Spurs benar benar teruja dengan pra musim kali ini. Dan berharap mereka akan menamatkan kemarau trofi pada musim hadapan.
Antonio Conte masih lagi tidak selesai dalam jendela perpindahan kali ini.