Jaringan separuh masa kedua oleh Richarlison, termasuk libasan gunting yang menakjubkan, membolehkan pasukan pilihan kejohanan Brazil mencipta kemenangan 2-0 ke atas Serbia dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia mereka di Stadium Lusail awal pagi tadi waktu Malaysia.
Baca Juga:
- Portugal vs Ghana: Rekod Jaringan Ronaldo Hiasi Kemenangan Selecao Das Quinas
- Uruguay vs Korea Selatan: Tigers Of Asia Catat Keputusan Seri
- Belgium vs Kanada: Batshuayi Wira Kemenangan Red Devils
Pemegang rekod juara lima kali itu telah bertungkus-lumus pada separuh masa pertama tetapi bertambah baik selepas rehat.
Mereka akhirnya menikmati ganjaran selayaknya apabila penyerang Tottenham Hotspur Richarlisonmenjaringkan gol pembuka pada minit ke-62 setelah rembatan Vinicius Junior berjaya diselamatkan.
Vinicius kemudian mencipta assist kepada Richarlison untuk menjaringkan gol sekali lagi pada minit ke-73 dengan aksi akrobatik menakjubkan yang pastinya menjadi gol tercantik Piala Dunia 2022 setakat ini.
This angle of Richarlison's stunner 🥵
(via @FIFAWorldCup)pic.twitter.com/FpYWYPzpRh
— B/R Football (@brfootball) November 24, 2022
Keputusan itu meneruskan rekod hebat Brazil dalam peringkat kumpulan Piala Dunia, di mana kekalahan terakhir mereka di peringkat kumpulan adalah pada 1998 ketika dikejutkan Norway. Namun ketika itu sudah pun mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.
Skuad kendalian Tite kini mendahului Kumpulan G, di depan Switzerland, yang menewaskan Cameroon 1-0 dalam sepak mula lebih awal dan merupakan lawan Brazil seterusnya.
Brazil telah datang ke Qatar sebagai pasukan pilihan untuk gelaran keenam dalam sejarah negara mereka. Sekaligus dalam landasan untuk menamatkan kemarau dua dekad kejuaraan dunia mereka.
Richarlison berjaya menutup mulut pengkritik dengan jaringan yang dilakukannya. Pemain itu bergelut untuk cergas sepenuhnya sebelum sepak mula Piala Dunia 2022.
Tetapi kini, dia membuktikan bahawa dia benar benar cergas untuk tugasan antarabangsa. Dia malah menjadi pemain terbaik perlawanan pembukaan untuk Brazil.
Richarlison didn't come to mess about 😤 pic.twitter.com/OMQTK15j3R
— GOAL (@goal) November 24, 2022
Brazil jelas sekali sedar bahawa dua pasukan gergasi sebelum ini, Argentina dan Jerman tewas di tangan pasukan kerdil. Dan mereka tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama.
Lebih lebih lagi, lawan mereka Serbia, adalah pasukan yang berada di kedudukan ke-21 dalam ranking FIFA. Dan merupakan salah satu pasukan Eropah yang paling meningkat naik dalam beberapa tahun ini.
Mereka malah mengungguli peringkat kumpulan dalam pusingan kelayakan mereka mengatasi Portugal.
Namun jika Brazil kalah, mereka masih dikira mengalami kejutan yang agak besar memandangkan sejarah bola sepak kedua dua negara.
Tite menghantar pasukan yang bermentaliti menyerang, dengan Neymar bermain peranan sokongan kepada Richarlison. Manakala Raphinha dan Vinicius diletakkan di bahagian sayap dan Lucas Paqueta menambah kreativiti di bahagian tengah.
Neymar, pemain termahal dunia, kini hanya dua gol sahaja lagi untuk menyamai rekod rekod Pele yang menjaringkan 77 gol untuk Brazil. Namun nampaknya dia perlu menunggu sedikit masa lagi untuk mendapatkannya.