Harry Maguire akhirnya membuat kenyataan media pertamanya selepas insiden di Mykonos.
Maguire bercakap kepada BBC Sports dan menyatakan bahawa beliau ketakutan sehingga rasa hampir mati ketika berdepan dengan situasi cemas di Greece.
Maguire turut berkongsi rasa sedihnya ketika pertama kali merasai meringkuk di dalam penjara.
Maguire berkata: “Ia adalah perkara yang teruk dan bukan sesuatu yang saya mahu buat lagi dan harap orang lain pun begitu.”
“Itulah pertama kali saya berada di dalam penjara.”
Maguire kemudian menegaskan bahawa beliau tidak akan meminta maaf kerana tidak melakukan apa apa kesalahan.
“Saya tak rasa saya berhutang permohonan maaf dengan sesiapa. Maaf adalah perkara yang kamu lafazkan jika kamu buat salah. Dan saya tak bersalah.”
“Saya kesal kerana mengheret penyokong dan kelab dalam situasi ini.”
Beliau kemudian menegaskan bahawa beliau tetap menghormati Greece. Kerana perkara seperti itu boleh berlaku di mana sahaja di dunia.
“Saya rasa perkara seperti ini boleh berlaku di mana sahaja, dan saya sukakan Greece.”
Maguire seterusnya menceritakan dia bertindak agresif kerana ada dua orang lelaki mendekati adik perempuannya dan mengganggunya.
EXCLUSIVE
Coming up shortly on @BBCNews – Harry Maguire breaks his silence after being found guilty of assaulting Greek police this week, the England & Utd star telling me he was “scared for his life” and will not be apologising pic.twitter.com/MwGiDnlmhj— Dan Roan (@danroan) August 27, 2020
Maguire yang melihat adiknya pengsan merasakan bahawa itu adalah satu percubaan penculikan.
“Pada mulanya saya ingatkan kami diculik. Kami diminta berlutut dan mengangkat tangan.”
“Dan mereka mulai memukul kami. Seorang lelaki memukul saya di bahagian kaki dan berkata, tiada lagi bola sepak, karier kamu berakhir, dan kamu tak akan bermain lagi.”
“Pada ketika ini saya fikir tidak mungkin mereka ini adalah polis – saya tidak tahu siapa mereka – jadi saya cuba melarikan diri kerana saya begitu panik. Takut. Saya sangat takut sangat dan tak pernah saya setakut itu dalam hidup.”
Ketika ditanya apakah beliau cuba memberi rasuah kepada polis, Maguire menjawab: “Tidak, ketika saya melihat pernyataan seperti itu … [saya rasa] itu tidak masuk akal.”
Ditanya tentang statusnya selaku ketua pasukan, bintang berharga £80 juta itu berkata:
“Ia adalah penghormatan terbesar untuk bermain untuk kelab, saya tak kisah soal menjadi kapten. Jelas itu bukan adalah keputusan yang bukan saya yang tentukan.”
Maguire juga bertekad akan menggunakan peluang dalam perbicaraan semula dengan sebaiknya.
“Saya harap perbicaraan semula akan memberi kita lebih banyak masa untuk mempersiapkan diri, mengumpulkan bukti, membenarkan saksi masuk ke pengadilan. Saya benar-benar yakin bahawa kebenaran akan terbukti.”
Pemain berusia 27 tahun itu akan menjalani perbicaraan semula sepenuhnya setelah diberikan rayuan terhadap kes serangan dan cubaan merasuah.
Baca juga perkembangan lain
Bartomeu: Messi Tak Akan Ke Mana Mana, Lautaro Martinez & Neymar Tak Akan Datang
Belum Pun Mulakan Tugas, Sudah Ada Manifesto Mahu Tukar Koeman Dengan Klopp