Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mengesahkan bahawa Lionel Messi akan terus kekal bersama Barcelona.

Bartomeu juga memberikan jaminan bahawa pemain itu mahu menamatkan kariernya di Barcelona.

Semalam Barcelona mengumumkan pemecatan dua individu kelab mereka iaitu pengurus – Quique Setien dan Pengarah Sukan Eric Abidal.

Pemecatan itu sehari selepas kekalahan memalukan di tangan Bayern Munich di mana kelab Catalan itu kalah 2-8.

Bartomeu menyatakan bahawa itu baru permulaan kepada rombakan pasukan mereka. Kerana masih ada banyak rombakan lagi akan dibuat.

Beberapa hari ini berlegar khabar bahawa Lionel Messi meminta untuk meninggalkan Barcelona. Messi mulai dikaitkan dengan Manchester City dan juga Inter Milan.

Namun Bartomeu menganggap itu hanya spekulasi. Bercakap menerusi laman rasmi Barcelona, Bartomeu berkata:

“Messi mahu mengakhiri kariernya di Barca. Saya sentiasa bercakap dengan dia serta ayahnya.”

“Messi adalah sebahagian daripada projek kami.”

Seterusnya Josep Maria Bartomeu mengesahkan bahawa Ronald Koeman akan menjadi pengurus Barcelona yang seterusnya.

Beliau menegaskan bahawa Koeman mahu Messi kekal dan menjadi sebahagian daripada projek masa depan Barca di bawah era baru.”

“Messi akan kekal di sini!”

Ditanya tentang Neymar dan Lautaro Martinez, Bartomeu mengesahkan Barcelona tidak melakukan sebarang rundingan dengan 2 pemain tersebut.

Ini selepas PSG menyatakan bahawa mereka tak mahu menjual Neymar.

“Neymar kembali ke Barcelona? PSG tak mahu menjual beliau musim panas ini. Kami juga tidak ada sebarang rundingan dengan Martinez buat masa ini.”

“Kami menamatkan rundingan dengan Inter pada Jun lalu. Kita tengoklah apa berlaku selepas ini.”

Bartomeu kemudian mengesahkan bahawa Coutinho mungkin akan terus bersama Barcelona musim hadapan jika Koeman mahukan beliau.

Baca juga perkembangan lain

‘Martial Mampu Menjadi Seperti Ronaldo Dan Henry’

“Saya Balik Pun Makan Maki Je, Ini Cita-Cita Saya, Jiwa Saya Kena Kental.” – Luqman Hakim

‘Martial Mampu Menjadi Seperti Ronaldo Dan Henry’