Dilaporkan enam orang Barcelona ahli lembaga pengarah Barcelona telah meletakkan jawatan dengan satu kenyataan rasmi bersama.
Mereka menyatakan, hilang kepercayaan ke atas Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu yang tidak cekap dan tidak memuaskan.
Dalam kenyataan bersama itu, enam ahli tersebut menyatakan kerisauan mereka ke atas implikasi koronavirus kepada kewangan Barcelona.
Malah enam ahli tersebut juga meluahkan kekecewaan mereka dengan laporan pada Februari lalu, di mana pengurusan Bartomeu dikatakan mengupah firma tertentu untuk menyerang pemain Barcelona di dalam media sosial.
Dan mereka meminta pemlihan presiden kelab yang baharu dijalankan serta merta.
Emili Rousaud, Enrique Tombas, Silvio Elias, Josep Pont, Jordi Calsamiglia dan Maria Teixidor adalah mereka yang meletakkan jawatan mereka.
Surat mereka bertulis: “Kami sampai ke tahap ini kerana kami tidak boleh menukar cara kelab ini diuruskan ketika berhadapan dengan cabaran di masa akan datang, terutama sekali pasca era pandemik ini.”
“Kami juga ingin menunjukkan rasa tidak puas hati kami ke atas episod malang tentang perbalahan di media sosial yang digelar ‘Barcagate’, yang kami dapat tahu daripada media.”
“Untuk yang terakhirnya, kami mencadangkan agar pemilihan presiden kelab yang baharu dilakukan segera, sebaik sahaja keadaan mengizinkan.”
“Ini untuk membolehkan kelab ini diuruskan dengan sebaik mungkin terutama sekali ketika berhadapan dengan cabaran di masa akan datang.”
6 board members resign as "Barcagate" rages onhttps://t.co/jmhbpiVbOh
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) April 10, 2020
Barcelona sudah menerima surat perletakan jawatan mereka. Barcelona menyatakan bahawa, kelab mereka memang sedang dalam penstrukturan semula dan akan diselesaikan oleh Bartomeu dalam masa beberapa hari lagi.
Barcelona juga memberikan jaminan kepada penyokong mereka bahawa kelab suah bersedia dengan langkah yang tebaik untuk berhadapan dengan krisis kesihatan yang melanda dan impaknya kepada kelab.
Barcelona juga sedang mempertimbangkan tindakan perundangan ke atas Rousaud kerana kenyatannya kepada media di Sepanyol.
Baca juga berita bola sepak Eropah yang lain:
Messi Bengang Dilapor Bayar Ikat Jamin Ronaldinho Sebanyak RM6.4 Juta
Ini Sebab Peminat Itali Mahu Atalanta Juara Jika Liga Serie A Ditamatkan Awal