Peledak berbisa Tottenham Hotspur, Harry Kane menegaskan matlamatnya bersama kelab tersebut langsung tidak berubah meskipun usaha beliau untuk menyertai Manchester City gagal direalisasikan pada jendela perpindahan kali ini.
Bukan menjadi rahsia lagi bahawa Kane menyimpan azam menggunung untuk meraih kejuaraan yang masih lagi belum dapat dinikmatinya sepanjang menyarung jersi Tottenham Hotspur.
Sehubungan dengan itu, Kane mengakui kegagalan untuk menyertai Manchester City itu tidak langsung menjejaskan reputasinya.
Malah, penyerang berusia 28 tahun itu turut mengimpikan untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai dalam usaha membantu Tottenham meraih kejuaraan pada musim ini.
“Tidak, saya tidak merasakan sedemikian [reputasinya terjejas]. Saya rasa semua orang yang terlibat dalam industri bola sepak mengetahui tentang selok-belok jendela perpindahan.”
“Saya cukup tenang dengan situasi ini, tetapi apabila anda berada di dalammya dan mengetahui tentang kebenarannya, kemudian semuanya akan menjadi jelas.”
“Sudah pasti akan sentiasa yang bising memperkatakan tentang perkara ini. Sepanjang karier saya, saya mengalami pasang surut sejak dari muda, itu hanyalah sebahagian daripada bidang ini.”
“Ramai orang mengenali saya akan mengatakan saya merupakan atlet profesional yang mendedikasikan hidup saya buat permainan ini dan itulah yang akan saya terus lakukannya.”
“Saya memandang ke hadapan, dan sasarannya adalah untuk memenangi kejuaraan bersama Tottenham dan itulah sasaran saya pada setiap tahun,” ujar Harry Kane menurut laporan dikeluarkan Goal.
Kane berjaya membawa Tottenham Hotspur ke perlawanan akhir dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah 2018/19 serta Piala Liga 2014/15 dan 2020/21, namun kesemuanya hanya berakhir sebagai pasukan naib juara.
Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.
Perak Berjaya Selesaikan Beberapa Isu Berhubung Tuntutan Gaji
Keyakinan Sean Giannelli Meningkat Selepas Ledak Tiga Gol Bersama UiTM FC
Kedah Hadapi Tok Gajah Tanpa Kelibat Rabih Ataya Dan Kpah Sherman