Hansi Flick telah dipecat daripada jawatan pengurus Jerman berkuat kuasa semalam.
Baca Juga:
- Jepun Malukan Jerman 4-1
- PR Sadio Mane Tuduh Media Jerman Dan Bayern Melindungi Sane Yang Rasis
- Wartawan Qatar Sindir Jerman, “Ini Yang Berlaku Kalau Anda Tidak Fokus Pada Bola Sepak”
Kekalahan terbaru yang memalukan di tangan Jepun, membuatkan bekas pemenang treble bersama Bayern itu telah kehilangan jawatannya.
Walaupun dia menyatakan selepas tamat perlawanan bahawa dia masih orang paling tepat untuk mengendalikan skuad Jerman menjelang aksi Euro 2024 akan datang.
FA Jerman akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan calon pengurus baharu skuad kebangsaan mereka.
Buat masa ini, Rudi Voller akan menjadi interim.
BREAKING: Hansi Flick has been fired, he’s no longer German national team head coach 🚨⚪️🇩🇪
Federation set to discuss internally on new manager as Germany will host Euro 2024 in 9 months.
Rudi Völler will be on the bench as interim coach. pic.twitter.com/rXAXaTdyhO
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 10, 2023
Hansi Flick gagal menaikkan motivasi skuad Jerman selepas kempen Piala Dunia 2022 yang menghampakan.
Ini ditambah dengan kontroversi kempen mereka di atas padang yang mengkritik negara tuan rumah iaitu Qatar.
Pemain pemain Jerman pada masa itu membuat isyarat menutup mulut sebagai sindiran kepada Qatar yang menurut mereka tidak menyokong kebebasan hak asasi manusia. Termasuk isu berkaitan LGBT.
Jerman masih gagal menang dalam 5 perlawanan terakhir mereka setakat ini.
Satu fakta yang mungkin agak pecah kepala untuk difikirkan, Hansi Flick adalah jurulatih pertama dalam sejarah 123 tahun Jerman – yang dipecat.
Dengan 10 pengurus sebelum ini meletakkan jawatan secara sukarela.
Hansi Flick is the first coach in the 123-year history of the DFB to be sacked. All previous 10 coaches left the job voluntarily [Sky] pic.twitter.com/aEeH3jyvDq
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) September 10, 2023
Hansi Flick sebelum ini pernah mendesak Bayern untuk melepaskannya kerana mahu menjawat jawatan pengurus pasukan kebangsaan Jerman yang merupakan impiannya sejak dari dulu.
Bayern setuju mencapai kesepakatan bersama pada masa itu sebagai mengenang jasa Hansi Flick yang cemerlang membantu Bayern menamatkan kempen dengan treble.
Hansi Flick:
2006-14: Works as Joachim Low’s assistant for Germany
2019: Returns to management after 14 years and leads Bayern to a treble
2021: Leaves Bayern for Germany after two seasons
2023: Sacked after a friendly defeat to Japan pic.twitter.com/SVChTT9e5v
— Zach Lowy (@ZachLowy) September 10, 2023