Jepun malukan Jerman di hadapan penyokong gergasi Eropah itu sendiri dalam aksi yang menjadi tumpuan ramai.
Baca Juga:
- Peminat Jerman Persoalkan Gol Kontroversi Jepun, Dakwa Bola Dah Terkeluar
- Lima Pemain Asean Yang Beraksi Di Liga Jepun Musim 2023
- Liga Jepun Sumbang RM210,000 Bantu Mangsa Gempa Bumi Turki Dan Syria
Jepun telah menewaskan Jerman 4-1 dalam aksi persahabatan sekaligus memberikan isyarat bahawa pasukan itu benar benar dalam krisis. Pasukan Hansi Click gagal untuk membalas dendam kekalahan mereka pada Piala Dunia 2022 yang lalu.
Junya Ito membuatkan penyokong tuan rumah tergamam pada minit ke-11. Namun tidak rumah membalas gol itu dengan jaringan oleh Leroy Sane.
Namun kelegaan itu hanya bertahan selama 3 minit kerana pasukan pelawat mendahului sekali lagi menrrus Ayase Ueda.
Ter Stegen kemudian cemerlang menafikan Ueda daripada menambah satu lagi gol peribadi. Pada minit ke-70, Ter Stegen menafikan percubaan daripada Asano serta percubaan bahaya daripada Kaoru Mitoma.
Asano bagaimanapun berjaya juga menembusi Ter Stegen pada minit ke-90 untuk mencerahkan peluang mereka mengulangi kejayaan menewaskan Jerman seperti yang mereka lakukan pada Piala Dunia 2022 yang lalu.
Dan pada masa kecederaan, Ao Tanaka memastikan Jepun membantai dan berjaya malukan bakal hos Euro 2024 iaitu Jerman dengan jaringan keempat untuk Jepun.
Penyokong Jerman mulai mengejek dan memaki namun pemain pemain mereka yang keluar dari padang. Penyokong jelas kecewa dengan prestasi hambar bekas juara dunia itu
2022 World Cup: Japan 2-1 Germany
Today: Japan 4-1 GermanyJapan has their number 👏🇯🇵 pic.twitter.com/CBtIxLFv3t
— ESPN FC (@ESPNFC) September 9, 2023
Kekalahan ini meningkatkan lagi tekanan pada Hansi Click sebagai pengurus Jerman. Sebelum ini Hansi Flick dianggap sebagai pengurus terbaik untuk mengisi tempat di dalam skuad kebangsaan Jerman setelah kejayaan gemilang bersama Bayern.