Kapten treble Man City, Ilkay Gundogan telah memutuskan untuk sertai Barcelona sebagai ejen bebas setelah kontraknya berakhir di Etihad.

Baca Juga:

Gundogan sebelum ini gagal mencapai kesepakatan kontrak baharu dengan Man City. Pemain itu sudah berbincang dengan Barcelona beberapa bulan lalu untuk menyertai mereka.

Dan selepas musim berakhir, Barcelona kembali menyambung rundingan dengan pemain itu.

Selain daripada Barcelona, Gundogan dikaitkan dengan kelab dari Arab Saudi yang sedia membayarnya gaji sangat tinggi.

Namun akhirnya Gundogan memutuskan untuk sertai Barcelona.

Barcelona menawarkan kontrak 2 tahun kepada pemain tengah tersebut untuk memperkuatkan pasukan mereka bermula musim hadapan.

Gundogan akan bergandingan dengan pemain seperti Frenkie De Jong dan Gavi atau Pedri di bahagian tengah pasukan Barcelona.

Bekas pemain Borussia Dortmund itu melalui karier luar biasa setakat ini. Dia sedia untuk melanjutkan karier cemerlangnya bersama dengan gergasi Catalan yang akan mempertahankan kejuaraan La Liga pada musim hadapan.

Xavi turut dikaitkan dengan seorang lagi pemain Man City iaitu Joao Cancelo. Di mana pemain itu sudah disahkan Pep Guardiola bahawa dia harus mencari kelab baharu.

Guardiola tidak mahu bekerjasama dengan Cancelo lagi selepas kebiadapannya kepada pengurus itu pada musim lalu. Cancelo dianggap tidak profesional pada bulan bulan terakhirnya sebelum berpindah ke Bayern secara pinjaman.

Malang sekali, Bayern turut menolak untuk membeli Cancelo secara tetap dan mengembalikan semula pemain itu.