Ilkay Gundogan sah menyertai Barcelona sebagai ejen bebas selepas kontraknya dengan Manchester City tamat.

Baca Juga:

Pengumuman rasmi Gundogan ke Barcelona sudah pun dibuat oleh kelab itu. Menamatkan spekulasi masa depan pemain itu.

Sebelum ini Gundogan menarik perhatian banyak kelab dari seluruh dunia, termasuk tawaran luar biasa dari Arab Saudi.

Akhirnya bekas kapten Manchester City itu memutuskan untuk menyertai Barcelona. Dia setuju dengan kontrak 2 tahun di Barca dengan pilihan lanjutan bagi tahun ketiga.

Kontrak jangka panjang ini yang membuatkan Gundogan menolak tawaran Man City dan memilih Barcelona. Kerana Inggeris itu tidak menawarkan lebih 2 tahun kepadanya.

Ejen Gundogan pernah berkata, jika Man City sanggup menambah setahun lagi dalam tawaran mereka, pemain itu tidak akan terfikir untuk pergi ke kelab lain.

Dia merupakan pemain tengah idaman Xavi Hernadez yang kehilangan khidmat Sergio Busquets yang pergi secara percuma.

Gundogan merupakan sasaran utama Xavi selepas kelab itu gagal mendapatkan Lionel Messi kembali ke Nou Camp. Bagi pihak Messi dia memang sudah memutuskan untuk ke Inter Miami.

Sementara itu, bagi pihak Barcelona, mereka tetap bergelut untuk mendaftarkan Messi jika pemain itu setuju menyertai mereka. Hal ini Barca masih terikat dengan beban kewangan yang yang tinggi.

Namun ada satu klausa dalam kontrak Gundogan yang membolehkan pemain itu menjadi ejen bebas sekali lagi. Ianya boleh berlaku jika Barcelona tidak mendaftarkannya sebagai pemain utama dalam masa 2 bulan.

Dalam beberapa musim terakhir ini, kerap berlaku di mana Barca tidak dapat mendaftarkan pemain dengan segera kerana hutang kelab itu yang tinggi.

Dan mereka harus menjual beberapa pemain lagi atau melakukan tindakan seperti menjual aset kelab untuk membolehkan mereka mendaftarkan pemain baharu.

Pemain pemain baharu mereka menunggu berminggu minggu lamanya.

Namun begitu, Gundogan telah memasukkan satu klausa yang dipersetujui Barca iaitu, dia boleh membatalkan kontraknya, menjadikannya ejen bebas sekali lagi jika tidak didaftarkan pada hari terakhir jendela perpindahan.

Selain itu, jika keadaan itu berlaku, Barcelona masih perlu membayar gajinya untuk tahun pertama yang bernilai lebih €9 juta selepas cukai.

Jendela perpindahan di Eropah akan berakhir pada akhir Ogos.