Skuad El-Tri gagal untuk menghalang pasukan Brazil mara ke pusingan suku akhir Piala Dunia 2018 apabila tewas 0-2 ditangan skuad bimbingan Tite hasil jaringan oleh Neymar dan juga Firmino. Gawang Mexico yang dikawal oleh Guillermo Ochoa tidak mampu untuk menghalang serangan skuad Seleção itu.
Dengan berakhirnya perjalanan Mexico dalam kempen Piala Dunia Russia 2018, beberapa fakta serta rekod yang menarik perhatian berjaya dibuat oleh skuad dari CONCACAF itu.
Tersingkir Dalam Pusingan Kalah Mati 7 Edisi Piala Dunia Berturut-turut
Apabila tewas ditangan Brazil 2-0, ini bermakna skuad Mexico telah gagal untuk melepasi peringkat kalah mati selama 24 tahun iaitu sejak Piala Dunia edisi 1994 di Amerika Syarikat.
Kali terakhir Mexico melepasi pusingan kalah mati adalah pada edisi 1986 di Mexico selepas mengalahkan Bulgaria 2-0.
Namun mereka terkandas diperingkat suku akhir kepada Jerman selepas tewas dipenentuan sepakan penalti 1-4, seri 1-1 tamat masa penuh.
7 – Mexico have now been eliminated from the World Cup at the Last 16 stage in each of the last seven tournaments (1994, 1998, 2002, 2006, 2010, 2014 & 2018). Groundhog. #BRAMEX #MEX #WorldCup pic.twitter.com/5lU83aDpqB
— OptaJoe (@OptaJoe) July 2, 2018
Rafael Marquez, Pemain ‘Outfield’ Tertua Disenaraikan Dalam Kesebelasan Utama
Bekas pemain pertahanan FC Barcelona, Rafael Marquez disenaraikan dalam kesebelasan utama Mexico ketika turun menghadapi Brazil dipusingan kalah mati Piala Dunia 2018.
Marquez yang berusia 39 tahun 139 hari memecahkan rekod sebagai pemain ‘outfield; paling tua turun sebagai kesebelasan uatam diperingkat kalah mati sejak Stanley Matthews melakukannya pada Piala Dunia edisi 1954 ketika England bertemu Uruguay.
Dalam perlawanan itu Stanley Mattews berusia 39 tahun 145 hari.
39 – Mexico's Rafael Marquez (39y 139d) is the oldest outfield player to start a World Cup knockout match since Stanley Matthews (39y 145d) in 1954 for England v Uruguay. Veterans. #BRA #MEX #ENG #BRAMEX #WorldCup pic.twitter.com/DMfQsypI5r
— OptaJoe (@OptaJoe) July 2, 2018
Penjaga Gol Pertama Buat 20 Aksi Menyelamat Dalam Piala Dunia 2018
Guillermo Ochoa, penjaga gol pasukan Mexico yang beraksi untuk kelab Standard Leige dalam Liga Belgium First Division A, telah berjaya muncul sebagai penjaga gol pertama berjaya menyelamatkan 25 percubaan dalam edisi Piala Dunia 2018.
Berusia 32 tahun, beliau yang lebih dikenali sebagai Memo, memulakan karier di Eropah bersama kelab Ajaccio dari Perancis pada 2011. Memo juga pernah beraksi dalam liga Sepanyol ketika beraksi untuk Malaga dan Granada.
Dalam 2 edisi Piala Dunia terakhir, hanya Tim Howard melakukan lebih dari Guillermo Ochoa dengan catatan 27 aksi menyelamatkan gawang.
Guillermo Ochoa made 25 saves at the 2018 World Cup; Tim Howard (27 in 2014) is the only goalkeeper in the last two editions to have made more in a single tournament.
Performs on the biggest stage. 🐙 pic.twitter.com/ACC0kd90wX
— Squawka (@Squawka) July 2, 2018
Aksi Menyelamat Paling Banyak Dilakukan Dalam 1 Perlawanan Piala Dunia 2018
Menurut Opta, dalam perlawanan berteu Brazil semalam, Ochoa telah melakukan 8 aksi menyelamatkan pintu golnya dari dibolosi oleh jentera serangan Brazil.
Aksi menyelamat paling banyak pernah dilakukan oleh seorang penjaga gol pada Piala Dunia 2018 ini adala ketika Mexico bertemu Jerman iaitu sebanyak 9 kali. Penjaga gol itu juga adalah orang yang sama – Guillermo Ochoa!
8 – Mexican goalkeeper Guillermo Ochoa made eight saves today versus Brazil; the only player to have attempted more within 90 minutes at the 2018 World Cup is Ochoa himself, making nine saves vs Germany. Occupied.#BRAMEX #MEX #WorldCup pic.twitter.com/7F3oxKIkmc
— OptaJoe (@OptaJoe) July 2, 2018