Mexico mengalami penyingkiran yang menyakitkan dari Piala Dunia dengan perbezaan gol – kerana jaringan lewat perlawanan pada masa kecederaan oleh Al Dawsari dari Arab Saudi.
Baca Juga:
- Argentina vs Arab Saudi: Lionel Messi & Rakan Sepasukan Tewas Mengejut
- Argentina vs Arab Saudi: Putera Mahkota, Mohammed bin Salman Hadiahkan Rolls Royce Phantom Kepada Setiap Pemain
- Poland vs Argentina: The White-Reds Tetap Iringi La Albiceleste Ke Pusingan 16 Walaupun Tewas
Mexico menewaskan Arab Saudi 2-1 dalam perlawanan akhir dramatik Kumpulan C.
Gol separuh masa kedua daripada Henry Martin dan Luis Chavez memastikan kemenangan untuk Mexico tetapi mereka menduduki tempat ketiga di belakang Poland selepas jaringan lewat Salem Al-Dawsari.
Mexico bermati-matian mencari gol ketiga dalam usaha memperbaiki perbezaan gol ketika mereka berdepan penyingkiran.
Kemenangan Arab Saudi ke atas Argentina dalam perlawanan pembukaan mereka adalah salah satu kejutan terbesar dalam Piala Dunia, tetapi mereka jatuh ke bumi dengan kekalahan 2-0 kepada Poland dalam perlawanan kedua mereka.
Jurulatih Herve Renard menggesa pemainnya untuk menunjukkan bahawa mereka harus mengeluarkan sehala yang mereka ada dan mengukir nama mereka dalam sejarah bola sepak Arab Saudi dengan mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama sejak 1994.
Setelah gagal memenangi salah satu daripada dua perlawanan kumpulan pertama mereka buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun, Mexico tahu kemenangan adalah penting, dann mereka berpeluang mara ke pusingan 16 terakhir pada Piala Dunia kelapan berturut-turut.
Pengurus Mexico Gerardo Martino menukar sistem lima pertahanan yang digunakannya dalam kekalahan 2-0 kepada Argentina dan perubahan sistem itu benar benar membuatkan mereka beraksi lebihbaik.
Mereka hampir serta merta mendapat gol. Namun penjaga gol Arab Saudi Mohammed Al-Owais meluru keluar untuk menyekat Alexis Vega.
Al-Owais, salah seorang wira kemenangan 2-1 ke atas Argentina, juga menghalang percubaan bahaya oleh Chavez dan Orbelin Pineda.
Mohamed Kanno melakukan sepakan percuma yang cantik untuk Arab Saudi.
Mexico terus menyerang tanpa sebarang hasil dan Ali Al-Hassan menghantar hampir menggembirakan penyokong Arab Saudi menerusi tandukan bahaya pada lewat separuh masa pertama.
Chavez menguji Al-Owais sejurus selepas perlawanan dismabung semula. Dan Martin tidak lama kemudian memecah kebuntuan apabila dia menyempurnakan hantara licik oleh Cesar Montes.
Gol kedua Mexico tiba hanya lima minit kemudian apabila Chavez melencongkan sepakan percuma secara sensasi ke sudut atas dari jarak 30 meter.
What a hit by Luis Chavez! π
π²π½ Mexico now lead πΈπ¦ Saudi Arabia 2-0 and are only behind Poland on fair play. Drama!#Qatar2022onMG | #FIFAWorldCup pic.twitter.com/U5xoG7at5W
— #3Sports (@3SportsGh) November 30, 2022
Sedar bahawa mereka memerlukan gol ketiga untuk menjamin tempat ke kalah mati dengan mengawasi situasi terkini di antara Argentina dan Poland, Mexico hampir mendapat gol ketiga.
Ini kerana pada kedudukan 2-0 dan Poland juga ketinggalan 2 gol bermakna kedua dua pasukan terikat dengan 0 perbezaan jaringan. Pada ketika ini, peraturan jaringan terbanyak akan digunakan.
Lozano kemudian menerima hantaran mudah lalu melencongkannya rendah. Namun gol dibatalkan kerana ofsaid.
Uriel Antuna kemudiannya mempunyai satu lagi gol dibatalkan kerana ofsaid sebelum jaringan lewat Al-Dawsari menamatkan drama yang menyaksikan kedua dua pasukan tersingkir.
Gol masa kecederaan oleh Al Dawsari itu mirip dengan binaan gol Hirving Lozano yang dibatalkan kerana ofsaid.
Polan berjaya memintas Mexico berdasarkan peraturan perbezaan jaringan.