Liga MX (Liga Mexico) memang terkenal dengan penyokongnya yang terlampau fanatik sehingga berlaku banyak insiden pergaduhan penyokong.
Dan kali ini, berlaku pergaduhan yang menyebabkan tragedi kematian kira kira 17 orang. Ianya berlaku ketika aksi Queretaro menentang juara bertahan, Atlas FC game.
Insiden itu berlaku ketika perlawanan tersebut turut disiarkan secara langsung.
Agak ironi kerana sebelum sepak mula, penyokong, jurulatih dan pemain pemain di dalam stadium berikrar akan menyokong keamanan dan keharmornian, tanda sokongan kepada mangsa perang di Ukraine.
Namun Ultras tak peduli sangat perkara seperti itu. Ultras Queretaro memang dianggap antara penyokong paling ganas di Mexico.
Pasukan mereka ketinggalan 0-1 pada minit ke-60 selepas gol oleh Julio Furch. Peminat mulai saling ejek mengejek antara mereka.
Tiba tiba keadaan di stadium berubah menjadi sangat tegang. Pergaduhan di antara pemain pemain di atas padang telah membangkitkan lagi api kemarahan ultras.
Tidak lama selepas itu, sekumpulan penyokong menceroboh masuk ke dalam padang. Keadaan di tempat duduk penyokong yang rata rata ramai datang dengan keluarga, wanita dan kanak kanak, telah bertukar menjadi sangat bahaya.
Ultras Queretaro kemudian membelasah sesiapa sahaja yang memakai jersi Atlas ataupun ada logo Atlas. Kelihatan ibu bapa cuba menyelamatkan anak mereka daripada tersepit dalam kekecohan tersebut.
Peralatan VAR dirosakkan dengan set monitornya sekali.
Penyokong mereka pun bertembung. Dan 17 nyawa dilaporkan melayang. Menjadikannya sebagai peristiwa hitam paling teruk dalam sejarah bola sepak Mexico. Majoriti yang meninggal dunia merupakan penyokong Atlas. Buat masa ini, sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada angka rasmi dikeluarkan.
Permusuhan di antara ultras dan juga permusuhan kedua dua pasukan memang sangat tegang.
Video pergaduhan tersebut dikongsikan di media sosial. Ini antara video yang dikongsikan di media sosial:
https://twitter.com/i/status/1500271577841037312