Pep Guardiola berpendapat bahawa Manchester City agak tidak bernasib baik kerana kalah kerana gol deflection ketika aksi di Emirates.
Baca Juga:
- Guardiola Sindir Pihak Hipokrit Kutuk Kelab Arab Saudi
- Arteta: “Saya Sangat Sayangkan Jorginho”
- Zinchenko Dituduh Hipokrit Kerana Terbuka Sokong Israel
Musim lalu, Man City mengejar Arsenal sepanjang musim dan menjuarai EPL dengan kelebihan 5 mata. Musim lalu, selepas 8 perlawanan, City 1 mata di belakang Arsenal dan kemudian pada Krismas mereka 2 mata di belakang The Gunners.
Apa yang pasti Manchester City ada cara untuk mengatasi lawan mereka itu walaupun menjadi pasukan yang lebih banyak berada di tangga kedua.
Jadi, Guardiola menyatakan bahawa mereka tidak bimbang berada di belakang Arsenal dan menjadi pengejar. The Gunners kini berada di tangga kedua – sama mata dengan Spurs di tangga teratas, namun dibezakan dengan perbezaan jaringan.
Kerana menurut Guardiola lebih baik menjadi pengejar daripada yang dikejar.
“Harapan kami, apabila beberapa pemain utama kami kembali cergas, dan kami akan bangkit semula.”
“Mungkin ianya sedikit leboh baik untuk kami berada di belakang dan mengejar mereka.”
“Perlawanan seperti ini sudah berlaku. Perlawanan sukar di Wolves, dan syabas kepada Arsenal. Kami benar benar tahu apa yang kami harus lakukan dan kami sudah melakukannya.”
Guardiola berpendapat pasukan memulakan perlawanan dengan lebih baik, namun Arsenal menang selepas gol deflection.
Pep Guardiola: "They [Arsenal] started the second half really well with the rhythm.
"Then it was tight and they got a deflection goal. They won, congratulations to them." pic.twitter.com/gr6bUftvBF
— Chris Wheatley (@ChrisWheatley) October 8, 2023
“Dalam perlawanan ini, kami bermula dengan sangat baik mencipta 2 atau 3 peluang. Mereka [Arsenal] bermula pada separuh masa kedua dengan baik serta memiliki rentak.”
“Dan kemudian perlawanan ini menjadi sengit, namun akhirnya mereka mendapat gol menerusi ‘deflection’. Mereka menang dan tahniah kepada mereka.”
“Kami sudah mencuba. Saya rasa kedua dua pasukan tidak memiliki peluang yang banyak, dan bermain dengan high pressing yang sangat baik. Ianya perlawanan yang sengit, hanya kerana 1 situasi, kami kalah.”
“10 minit kelihatan Arsenal berada di atas kami dan seterus segalanya setara. Kami juga memiliki peluang kami namun secara keseluruhan ini perlawanan yang sengit. Malangnya, mereka berjaya mendapatkan gol.”