Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dengan terbuka kritik beberapa pihak dan kelab yang hipokrit kutuk corak perbelanjaan kelab Liga Arab Saudi.
Baca Juga:
- Guardiola Pertikai Sebab Apa Masa Kecederaan Lama Sangat?
- Pep Guardiola Jangka Lebih Ramai Pemain Berhijrah Ke Liga Arab Saudi
- Pep Guardiola ‘Tolak’ Bonus RM4.4 Juta Dekat Staf Kejurulatihan
Ada beberapa pihak malah meminta FIFA dan UEFA campur tangan dalam perkara itu.
Malah ada yang merasakan UEFA harus menyekat pemain pemain mereka daripada dipancing kelab dari Saudi dengan peraturan khas.
Lantas Guardiola tidak dapat menahan dirinya untuk kutuk kelab yang hipokrit ini. Menurutnya, mereka ini hanya merungut apabila pemain pemain mereka tidak laku di mata kelab Arab Saudi.
Pep Guardiola berkata: “Ada pihak mengutuk kelab kelab Saudi. Namun pada masa yang sama membuka pintu kepada kepada kelab kelab Saudi ini untuk membeli pemain mereka,”
“Apabila kelab Saudi ini datang mengetuk pintu mereka, semua kelab membuka pintu mereka, bentangkan permaidani merah: ‘Awak mahu apa sahabat? Saya di sini menjual segalanya!’.”
“Ahh.. mereka ni jenis merungut atas semua perkara namun hakikatnya semua membuka pintu mereka.”
Pep Guardiola on Saudi Arabia:
“Everyone complains about Saudi Arabia, but when Saudi Arabia knocks on the door, all clubs open the door, red carpet… They say 'What do you want my friend? I'll sell everything!'… So happy! Ah… complain for everything, but everyone opens the… pic.twitter.com/gxHrJAEpvN
— Football Talk (@FootballTalkHQ) August 19, 2023
Manchester City antara kelab yang terbuka menjual pemain mereka ke Liga Arab Saudi jika tawaran itu bagus dan pemain itu mahu berpindah.
Sebelum ini Man City sudah menjual Riyad Mahrez ke Al Ahli. Dan kemudian Aymeric Laporte juga bakal diumumkan sebagai bek tengah terbaru Al Nassr.
Aymeric Laporte to Al Nassr, here we go! Agreement reached also on player side — salary in excess of $20m, medical booked 🚨🟡🔵🇸🇦 #AlNassr
Laporte will sign until June 2026.
Man City to receive package close to €30m.
🇵🇹🇪🇸 Otávio and Laporte will join Al Nassr next week. pic.twitter.com/aMKIEgX9PM
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 20, 2023
Arab Saudi sebenarnya tidak tertakluk kepada peraturan FFP. Yang merupakan peraturan kawalan perbelanjaan oleh UEFA.
Jadi buat masa ini tiada mekanisme yang menghalang kelab dari Arab Saudi dari segi perbelanjaan. Kecuali AFC yang mengadakan peraturan mirip FFP ini di kalangan kelab di bawah naungan mereka.