Ralf Rangnick melabel Pep Guardiola sebagai salah seorang pengurus terbaik di dunia menjelang pertemuan derbi Manchester pada Ahad ini.
Guardiola mendapat pujian daripada “father of gegenpressing” – gelaran yang diberikan kepada Ralf Rangnick ketika di Jerman. Dan gelaran yang sama disebut Pep Guardiola dalam sidang medianya menjelang pertemuan mereka.
Bercakap kepada wartawan sebelum sepak mula, Rangnick berkata: “Kita tahu kita bermain menentang salah satu pasukan terbaik dunia, jika mereka bukan yang terbaik. Mereka membangun sejak ketibaan Pep.”
Ralf Rangnick on Pep Guardiola:
"He's one of the best and most influential managers in the last 10-15 years." pic.twitter.com/8pKnya9FXa
— City Report (@cityreport_) March 4, 2022
“Perkara yang sama berlaku di Bayern Munich dan Barcelona. Pep Guardiola salah seorang pengurus terbaik di dunia. Kami tahu apa maknanya. Ianya tentang kerja keras dalam kerja taktikal, bertempur dan ketika tanpa bola.”
“Kami sudah mencipta banyak peluang dalam 10 atau 11 perlawanan terakhir kami. Kami menjaringkan 4 gol menentang Leeds, dan sepatutnya boleh menjaringkan satu, dua atau tiga gol berdepan Watford.”
“Namun saya akan lebih risau kalau kami gagal mencipta peluang. Kami juga kompak ketika pasukan lawan memiliki penguasaan bola.”
Pep Guardiola rasa berbesar hati dengan pujian daripada Ralf Rangnick. Beliau berkata: “Saya boleh katakan, idea Ralf Rangnick sudah menjadi ikutan di Liga Perdana Inggeris.”
“Sangat banyak pasukan mahu bermain dengan cara ini. Ralf Rangnick ibarat bapa gegenpresing atau transisi berkaitan.”
“Kita tengok dengan Liverpool, Southampton serta dengan kehadiran Jesse Marsch di Leeds sekarang, sedikit sebanyak pada Chelsea dengan Thomas Tuchel, walaupun Tuchel bermain agak melebar dengan bek saya. Namun ini adalah karakter.”
“Kebanyakan kelab di England sekarang bermain dengan cara ini, ini adalah sesuatu yang penting. Lima atau enam pasukan bermain dengan cara ini. Apa yang telah dilakukan oleh beliau [Rangnick] di Jerman adalah luar biasa.”
🗣️"Ralf Rangnick is like a father of gegenpressing."
👊Pep Guardiola is a fan of what Ralf Rangnick is doing at @ManUtd. pic.twitter.com/G54zhHU4A8
— SPORF (@Sporf) March 4, 2022
“Di Leipzig dia mencipta sekolah yang sebaiknya [untuk taktikal]. Dari Austria dan New York, mereka semua bermain dengan cara sama. Saya rasa dia datang ke sini untuk menyemainya, dan kamu melihat corak permainan yang dia inginkan.”