Penjaring gol terbanyak saingan Liga Super Malaysia 2019 yang beraksi untuk pasukan PKNS FC, Kpah Sherman berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol tunggal dalam perlawanan kelayakan kejohanan AFCON2021 semalam.

Skuad Liberia yang dibimbing oleh bekas ketua jurulatih Kelantan, Peter Butler berjaya menundukkan pasukan kebangsaan Chad 1-0 untuk menghidupkan peluang layak ke peringkat kumpulan kelayakan AFCON2021.

Kpah Sherman yang muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2019 dengan 14 gol itu berada dalam senarai kesebelasan utama pasukan bersama pemain bawah 23 tahun Newcastle United, Mohammed Sangare serta diketuai oleh Sam Johnson yang kini bermain untuk Real Salt Lake.

EGcoHQaVUAE4MTd Kpah Sherman menjaringkan gol tunggal itu pada minit ke 43 sejurus sebelum pengadil meniupkan wisel penamat separuh masa pertama.

Pada pengamatan para media dalam perlawanan tersebut, beliau sepatutnya mencatatkan hatrik jika tidak melepaskan 2 peluang keemasan yang hadir sebelum itu.

https://twitter.com/Liberia_FA/status/1181994323438637056?s=20

Perlawanan timbal balik diantara kedua-dua buah pasukan akan berlansung pada 13 Oktober nanti dan pemenang akan layak ke peringkat kumpulan saingan kelayakan AFCON 2021 yang akan diadakan di Cameroon dari 11 Jun hingga 9 Julai 2021.

Artikel lain yang menarik untuk dibaca sebagai peminat bola sepak sejati.

Steve Darby: Vietnam Terlalu Kuat Untuk Malaysia, Brendan Gan Dan Mat Yo Perlu Diberi Perhatian Serius

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Jaringan Gol Liga Thailand Ini Persis Teknik ‘Double Bicycle Kick’ Yang Pernah Dilakukan Oleh Captain Tsubasa