Berlaku satu kejadian aneh dalam aksi Arsenal menentang Brighton apabila pengadil VAR terlupa untuk ‘tarik’ garisan ofsaid sehinggakan gol Ivan Toney dibenarkan.

Baca Juga:

Arsenal sebelum itu mendahului menerusi Leandro Trossard.

Dan Brighton membalas gol tersebut, beberapa minit kemudian. Segalanya berpunca daripada situasi sepakan percuma ke dalam kotak penalti Arsenal.

Pengadil awalnya cuba memastikan sama Ethan Pinnock mengganggu permainan ketika pemain itu di kedudukan ofsaid, dan dilihat menghalang Gabriel Maghalhaes.

Arteta menyatakan: “Saya sudah lihat balik gol itu dan ianya ofsaid. Kamu tidak boleh menghalang pemain lawan ketika sedang ofsaid.”

“Saya mahukan penjelasan, adakah situasi seperti itu benar benar tidak ofsaid.”

“Jadi beritahu kami terlebih dahulu supaya anda tidak menolak barisan [pertahanan] setinggi itu kerana anda akan sentiasa mendapat kelebihan jika anda dihadang seseorang. Anda tidak boleh menghalang pemain lain jika anda ofsaid,” tegas Arteta.

Pengadil menilai Pinnock tidak mengganggu Gabriel walaupun jelas ada kontak.

Namun akibat terlalu fokus kepada situasi Pinnock, pengadil di bilik VAR yang diketuai Lee Mason telah terlupa nak ‘tarik’ satu lagi garisan VAR untuk situasi melibatkan Norgaard.

Di mana pemain itu jelas sudah ofsaid terlebih dahulu sebelum memenangi bola dan mencetuskan gol kepada Toney.

VAR membuat pengakuan kontroversi apabila mereka akui lalai dalam perkara itu dan terlupa untuk membuat semakan ke atas insiden itu.

Oleh keranan kesilapan seperti itu, penyokong Arsenal mersakan 3 mata mereka sudah dirompak.

Arsenal keciciran mata sekali lagi selepas kekalahan mengejutkan di tangan Everton sebelum ini. Bagaimanapun, skuad bimbingan Mikel Arteta kekal 6 mata di atas Man City.

Kedua dua pasukan akan bertemu selepas ini.