Kelab gergasi Arab Saudi, Al Hilal kini sedang giat memburu bintang Brazil, Neymar jendela perpindahan musim panas ini bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan itu.
Baca Juga:
- PSG Mahu Jual Neymar, EPL Destinasi Idamannya
- Tak Berkesempatan Ambil Penalti, Neymar Akui Hancur Secara Psikologi
- Neymar Alami Kecederaan Buku Lali Kerana Berterusan Dikasari Pemain Serbia
Penyerang yang menyertai PSG dengan perpindahan rekod dunia RM1.1 bilion pada 2017 itu dijangka meninggalkan juara Ligue 1 terbabit.
Menurut laporan CBS Sports, Neymar bakal menjadi pemain terbaharu meninggalkan PSG selepas Sergio Ramos dan Lionel Messi apabila wakil Al Hilal sudahpun terbang ke Paris untuk mengadakan perbincangan bersama Neymar.
Gergasi Arab Saudi itu sebelum ini mensasarkan Messi namun kapten Argentina itu lebih memilih untuk ke Amerika Syarikat.
Justeru, Al Hilal mengalihkan tumpuan kepada Neymar dan bersedia menawarkan gaji yang jauh lebih lumayan.
Gaji pemain berusia 31 tahun itu dijangka menyamai gaji yang diterima Cristiano Ronaldo di mana bintang Al Nassr itu ditawarkan gaji tahunan sebanyak RM992 juta.
AL Hilal bersedia menawarkan RM232 juta kepada PSG bagi mendapatkan Neymar yang ketika ini memiliki kontrak sehingga 2025.
Pemain dari Brazil itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Manchester United, Chelsea dan Newcastle dikatakan berminat untuk memancingnya.
Laporan dari Perancis menyebut, Neymar berminat untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, jika PSG mahu menjualnya.
Neymar yang boleh bermain di kesemua posisi di serangan, pastinya mahu bermain di kelab yang beraksi di UCL. Dan dia menyatakan dia sudah lama meminati EPL sejak dari kecil lagi.
Neymar ketika ini masih berehat kerana kecederaan. Dan baru baru ini sekumpulan peminat fanatik PSG berkumpul di hadapan kediaman Neymar dan melakukan protes anti Neymar.