Gary Neville tidak gembira dengan prestasi semasa Manchester United dan salahkan nama Glazer. Di mana mereka kalah dua kali berturut turut.

Dan dia sekali lagi menyalahkan Glazer. Sebelum ini Neville dilihat baik baik sahaja dengan Glazer ketika Man United sedang dalam prestasi terbaik dan mengejar Quadruple.

Ketika impian Quadruple itu sirna, maka dia baru teringat kempen anti Glazer. Sama seperti segelintir penyokong yang lain.

Manchester United dimalukan David Moyes di Stadium London. Dengan David De Gea sekali lagi melakukan kesilapan di hadapan gol.

Prestasi semasa yang tidak bagus itu kini meletakkan Man United kembali membuka persaingan top 4, terutama sekali kepada musuh tradisi mereka, Liverpool yang menang 6 perlawanan berturut turut.

“United sangat teruk dalam perlawanan ini,” kata bekas kapten legenda Setan Merah itu menerusi Twitter.

“ETH melihat  lebih banyak tentang pemain dalam situasi ini, ianya perkara positif. Ini akan membantunya bagi menentukan siapa yang dia mahu terus kekalkan.”

“Perkara paling memalukan di sini ialah Glazers. Adakah mereka menunggu sehingga ke perlawanan terakhir di Old Trafford untuk menyerahkannya [bertukar pemilik]?”

“Ini tipikal mereka. Lemah dan tidak boleh harap dan tak bertanggungjawab sampai ke sudah.”

“Staf di dalam dan luar padang dalam keadaan tidak menentu, menunggu pemilik baharu. Itu belum kira lagi hal rekrut pemain dan apa budget yang mereka akan dapat. Ini harus diselesaikan.”

“Sampai ke sudah berperangai teruk.”

Kenyataan Neville itu membuatkan segelintir peminat lawan membidasnya.

Apa kaitan Glazer dengan keputusan Erik Ten Hag yang selama itu malas menggilirkan pemainnya dan kenapa Neville salahkan keluarga Glazer?

Sedangkan Erik Ten Hag dianggap sentiasa menurunkan muka yang sama dalam setiap perlawanan.

Membuatkan pemain pemain utama ini letih. Dan kualiti pemain gantian pula terlalu ketara kerana terlalu kurang diberikan peluang.

Seterusnya, bagaimana Glazer boleh dipersalahkan kalau De Gea yang membuat kesilapan ‘budak sekolah’ di atas padang.

Seorang peminat berkata: “Ya, salah Glazer, punca De Gea tak dapat tangkap bola dengan betul atas padang. Mereka bukan pemilik yang bagus, namun apabila dipersalahkan untuk setiap kekalahan, ianya memalukan.”

Seorang lagi peminat merasakan sedikit masa lagi, Gary Neville akan menyalahkan Glazers sebagai punca kariernya sebagai pengurus Valencia tidak bagus.

Seterusnya rakan sejawatan Neville, Jamie Carragher tidak melepaskan peluang menganjing Neville. Sambil mempersoalkan pemilihan pasukan oleh ETH.

“Ya, Glazers yang memutuskan untuk menurunkan Weghorst sebagai no.10 dan membelanjakan 90 juta untuk Antony dan 70 untuk Casemiro (31 tahun) dengan kontrak 5 tahun,” tegas Carra.