Gary Neville ramalkan skuad bimbingan Mikel Arteta, Arsenal akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris musim ini. Berbeza dengan dua lagi rakan punditnya yang memilih Man City.

Baca Juga:

Neville menjadi pundit yang menerima banyak ejekan peminat Arsenal musim lalu apabila dia berterusan menyatakan bahawa Man City akan juara walanfl shops custom jersey basketball custom jersey basketball customize jersey football best sex toy for couples nike air max women nike air max for sale nfl jerseys cheap amazon sex toys cheap human hair wigs adidas online custom jersey cheap lace front wigs nike air jordan 4 retro nike air max 270 mens sale upun pada masa itu Arsenal sudah melebarkan jurang mata kepada 8 mata.

Namun Neville menegaskan bahawa Arsenal tiada kemampuan untuk menjadi juara walaupun mereka meluangkan hari yang sangat banyak di puncak liga.

Pada akhirnya, Gary Neville menikmati kemenangan dalam ramalannya ke atas Arsenal musim lalu. Apabila Man City menjadi juara EPL pada minggu minggu terakhir di dalam liga.

Musim ini berbeza, apabila Gary Neville ramalkan bahawa trofi Liga Perdana Inggeris akan menjadi milik Arsenal.

Ini kerana menurutnya, penandatanganan Declan Rice akan menjadi perbezaan ketara dalam pasukan Arsenal berbanding musim lepas.

Dia turut memuji pembelian Kai Havertz dan Jurrien Timber yang dianggap penting untuk menguatkan pasukan.

“Saya rasa Arsenal [akan juara]. Mereka telah banyak meningkatkan kekuatan mereka menerusi Declan Rice walaupun mereka baru sahaja kehilangan Timber [yang cedera]. Itu adalah tamparan yang besar buat mereka.”

“Kai Havertz, Timber dan Rice adalah penandatanganan yang besar mereka dan mereka adalah pemain yang akan membantu meningkatkan kualiti mereka.”

Neville turut meramalkan Man City, Man United dan Liverpool akan berada di 4 teratas. Manakala Chelsea dan Aston Villa akan berada di kedudukan kelima dan keenam.