Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu hari ini telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) dan badan pengendali Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL).
Menurut satu kenyataan akhbar, TFC sebagai tuan rumah dan MFL sebagai penganjur perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2021 menentang JDT pada 22 November lalu didapati gagal memastikan setiap penyokong mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan ketika berada dalam Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Mereka mendapati tiada penjarakan fizikal diantara tempat duduk penyokong dan ada juga penyokong yang gagal memakai pelitup muka dengan betul.
— Tengku Danish Bahri (@tgdanish) November 25, 2021
“Pihak penganjur gagal memastikan pematuhan protokol am dalam pengurusan penonton dan penyokong (penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna) semasa perlawanan berlangsung.
“Justeru itu, dua kompaun telah dikeluarkan iaitu satu kepada Terengganu Football Club (TFC) selaku tuan rumah dan satu lagi kepada Malaysia Football League (MFL) selaku penganjur dengan nilai RM10,000 dibawah Peraturan 16 P.U (A) 293/2021, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dato Dr. Hjh Kasemani Embong.
Lain macam ni @MFL_MY pic.twitter.com/QH5VMUok6B
— VOCKET FC (@vocketfc) November 24, 2021
Ketika perlawanan itu, beberapa penyokong Terengganu didapati telah memanjat pagar untuk masuk ke dalam stadium tanpa tiket yang sah. Malah, melalui rakaman video yang tular di media sosial menyaksikan kawalan yang lemah daripada pihak berkuasa sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Baca juga artikel lain mengenai kontroversi perlawanan Terengganu menentang JDT melalui pautan dibawah.
TMJ Akui Pengadil Aksi JDT Menentang Terengganu Tampilkan Prestasi Buruk
Piala Malaysia 2021: Terikat Bertemu TFC, JDT Bawa Kelebihan Gol Tempat Lawan