Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui pengadil perlawanan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 menentang Terengganu semalam menampilkan satu prestasi yang buruk.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Tuan Ahmad Yassin diberikan tanggungjawab untuk memimpin aksi berprofil tinggi antara dua pasukan ini.
Akan tetapi, prestasi Ahmad Yassin mendapat kritikan pedas terutamanya dari peminat Terengganu apabila beliau gagal melayangkan kad kepada pemain JDT yang membuat kekasaran.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) November 22, 2021
Ramai pihak mempersoalkan mengapa pemain pertahanan JDT, Shane Lowry tidak dilayangkan sebarang kad setelah beliau mengasari penyerang import lawan, Jordan Mintah.
Insiden lain yang menjadi punca kritikan terhadap Ahmad Yassin ialah beliau tidak melayangkan kad kuning kepada pemain tengah, Natxo Insa setelah pemain itu menendang bola selepas pengadil meniup wisel sejurus beliau melakukan kekasaran.
Perkara ini lantas mendapat perhatian TMJ dimana baginda mengeluarkan kenyataan menerusi laman meria sosial Twitter miliknya dengan menganggap pengadil gagal menampilkan prestasi terbaik dan kedua-dua pasukan turut terkesan.
Agree. Ref was bad. For both teams. Go through all the games footage. This Ref, JDT against Kelantan Ref, Negeri Sembilan against Sarawak Ref, all are equally bad. Tackles by teams in majority of the Super league games and Malaysia cup are dangerous. We need Improvement. https://t.co/vdsyZCm947
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) November 22, 2021
Selain Ahmad Yassin, TMJ turut memberikan komen mengenai pengadil pada aksi lain seperti ketika perlawanan antara JDT menentang Kelantan, Negeri Sembilan menentang Sarawak United, Sabah menentang Terengganu juga gagal menjalankan tugas dengan baik.
Melihat kejadian ini, baginda menggesa agar penggunaan Video Assistance Referee (VAR) segera digunakan dalam perlawanan Liga Malaysia selain menggesa badan induk bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar mengambil tindakan di atas masalah ini.
Ref teruk. Bukan game ini sahaja. Majority games setiap tahun. Sabah lwn Terengganu, JDT lwn Kelantan, Negeri Sembilan lawan Sarawak dan lain lain. Setiap tahun benda yang sama. Kami perlu Improvement dan FAM misti ambil tindakan. https://t.co/DM3tvXbDdB
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) November 22, 2021
VAR is a ‘Must’. https://t.co/88BfwasUDs
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) November 22, 2021
Aksi antara JDT menentang Terengganu berakhir dengan keputusan seri 1-1 dimana jaringan dihasilkan oleh Jordan Mintah pada awal separuh masa pertama dan kemudiannya Bergson Da Silva pada separuh masa kedua.
Separuh akhir kedua akan berlangsung pada 25 November ini di Stadium Sultan Ibrahim. Satu lagi aksi separuh akhir pertama yang melibatkan Kuala Lumpur City menentang Melaka United juga berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Piala Malaysia 2021: Terikat Bertemu TFC, JDT Bawa Kelebihan Gol Tempat Lawan
Karsten Neitzel ‘Turun Pangkat’ Sebagai Penolong Ketua Jurulatih Selangor