Kata-kata Amri Yahyah terhadap bekas pasukannya, Selangor dua tahun lalu menjadi kenyataan hari ini apabila skuad Gergasi Merah tidak berjaya raih kemenangan pada perlawanan Liga Super menentang pasukan yang diwakili oleh pemain veteran itu, Sabah.
Sebaliknya, Sabah menyamakan kedudukan di penghujung perlawanan dan membawa pulang 1 mata selepas terikat 2-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.
Amri sebelum ini berkata pasukan yang beliau wakili tak akan tewas di tangan Selangor selepas ini.
“Ingin saya ingatkan, team yang saya main lepas ni, bila lawan Selangor, Selangor takkan menang.” katanya
Pada perlawanan itu, Amri terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui rembatan dalam kotak penalti pada minit ke 31 selepas mengucar kacirkan benteng pertahanan Selangor.
Gol pertama itu turut membangkitkan kemarahan penyokong Selangor yang tidak berpuas hati dengan cara beliau meraikan jaringan. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
31' GOL | Gol pertama Amri Yahyah untuk Sabah FC memberi kelebihan kepada pasukan pelawat!@selangorfc 0-1 @SabahFCofficial #LigaSuper2021 pic.twitter.com/YdYzN3hhh3
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 23, 2021
Memasuki separuh masa kedua, Selangor bermula dengan garang dan kembali mendapat rentak permainan. Mereka mempunyai beberapa peluang terhidang didepan pintu gol namun ia gagal disudahkan oleh Ifedayo Olusegun.
Pada minit ke 57, stadium MBPJ bergema dengan sorakan penyokong tuan rumah apabila Ifedayo menyamakan kedudukan menerusi percubaan jarak dekat menewaskan penjaga gol Sabah.
57' GOL | Ifedayo Omosuyi menyamakan kedudukan untuk Selangor!@selangorfc 1-1 @SabahFCofficial #LigaSuper2021 pic.twitter.com/SKq3VlTQrt
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 23, 2021
Olusegun sekali menambah derita Sabah pada minit ke 72 selepas menyudahkan hantaran Shahrel Fikri dalam kotak penalti untuk memastikan Selangor di depan.
Ini adalah jaringan ke 9 beliau dalam saingan Liga Super musim ini dan sedang bersaing sengit dengan penyerang JDT, Bergson Da Silva untuk merebut status penjaring terbanyak.
72' GOL | "Finishing" yang tenang oleh Ifedayo untuk gol kedua Selangor!@selangorfc 2-1 @SabahFCofficial #LigaSuper2021 pic.twitter.com/4qNBkMu6RB
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 23, 2021
Bagaimanapun, jaringan itu tidak bertahan lama apabila bekas penyerang Sarawak, Bobby Gonzales mengambil peluang dengan menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke 88 selepas menerima hantaran Park Taesu hasil sepakan sudut.
88' GOL | Tandukan Bobby Gonzales menyamakan kedudukan untuk Sabah!@selangorfc 2-2 @SabahFCofficial #LigaSuper2021 pic.twitter.com/2aYog8RH7m
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 23, 2021
Keputusan itu menyaksikan Selangor kekal di kedudukan kelima dengan mengumpul 15 mata selepas 10 perlawanan, manakala Sabah mengutip 10 mata di kedudukan kelapan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Nasib Zainal Abidin Bagai Telur Di Hujung Tanduk, Mehmet Durakovic Dan Nidzam Jamil Calon Pengganti
Stuart Ramalingam – Pemain Sentuh Pengadil Tidak Semestinya Satu Kesalahan Atau Provokasi
Beralih Ke Futsal, Shahrom Kalam Bakal Sertai Selangor Tot United?
Ong Kim Swee: Kita Perlu Beri Bimbingan Buat Skuad Projek FAM/MSN