Nama Amri Yahyah tiba-tiba menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan di media sosial apabila beliau didapati telah ‘menghadiahkan siuu’ selepas pasukannya, Sabah menewaskan Selangor 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas semalam.
Baca Juga:
- Liga Super 2022: Amri Yahyah Wira Kebangkitan Sabah Atasi Melaka
- Jaringkan Hatrik Di Usia 41 Tahun, Datuk K.Rajagobal Puji Amri Yahyah
- Ong Kim Swee: Tiada Pemain Lain Mampu Pecahkan Rekod Amri Yahyah
Ia mungkin adalah reaksi ‘menganjing’ beliau terhadap pasukan lamanya kerana gaya tersebut sering digunakan oleh tonggak utama Selangor, Faisal Halim ketika meraikan gol.
Keputusan itu menyaksikan Sabah meleburkan rekod lima kemenangan berturut-turut Selangor.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) April 27, 2023
Kemenangan penting dilakarkan itu turut merapatkan jurang antara kedua-dua pasukan menyaksikan Sabah (20 mata) yang berada di tangga ketiga hanya dua mata ketinggalan di belakang Selangor.
Ada juga peminat yang berpendapat kekalahan Selangor itu berpunca daripada ‘sumpahan’ Amri Yahyah pada tahun lalu. Amri sebelum ini berkata pasukan yang beliau wakili tak akan tewas di tangan Selangor selepas ini.
“Ingin saya ingatkan, team yang saya main lepas ni, bila lawan Selangor, Selangor takkan menang.” katanya.
— X (@jeanmagistax) April 27, 2023
Aksi menarik ditampilkan dengan Selangor dilihat lebih banyak mencipta peluang terutamanya pada babak pertama dengan beberapa percubaan berbahaya ke kubu Sabah yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.
Penyokong tuan rumah melonjak kegembiraan pada minit ke-24 selepas Saddil Ramdani berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Sabah di hadapan.
Tersentak dengan jaringan tersebut, anak buah Tan Cheng Hoe kembali menggandakan asakan dan Faisal Halim jelas menjadi masalah buat para pemain Sabah.
Usaha berterusan Selangor akhirnya membuahkan hasil apabila rembatan Faisal Halim yang pada mulanya terkena palang gol membias terkena badan Khairul Fahmi lalu bola bergolek masuk ke gawangnya pada minit ke-52.
Jaringan kemenangan Sabah hadir pada minit ke-66 selepas Sharul Nazeem Zulpakar tertanduk bola ke gawang sendiri dalam usahanya untuk menghalang sepakan percuma diambil Baddrol Bakhtiar.
Jentera pertahanan Sabah kental bertahan untuk memastikan kedudukan 2-1 itu hingga tamat permainan.