FIFA secara rasmi baru sahaja melakukan kemaskini kedudukan FIFA ranking semasa bulan Febuari 2020, yang merupakan kemaskini pertama dalam tahun 2020 selepas kali terakhir dibuat pada 19 Disember 2019.
Seperti artikel yang dikeluarkan awal pagi tadi, pasukan Malaysia kekal berada dikedudukan 154 dunia dengan kutipan 1,040 mata.
Tidak banyak pasukan yang melakukan pergerakan dari segi kedudukan ranking kerana tidak banyak perlawanan antarabangsa yang berlangsung. Dari kemaskini terbaru FIFA sebentar tadi, hanya 15 pasukan mengalami kenaikan atau penurunan (5 pasukan naik dan 10 pasukan turun).
Palestin muncul sebagai pasukan ‘biggest movers’ apabila melonjak 3 anak tangga kepada kedudukan 103 dunia dengan kutipan 1,204 mata.
Secara keseluruhannya di Asia, Malaysia berada pada kedudukan ke 31 dan pada ranking ke-5 dirantau Asia Tenggara dibelakang Vietnam, Thailand, Filipina dan Myanmar.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
AFC MA Ranking: Filipina Sudah Potong Kedudukan Australia, Kini Berada Ditempat Ke-6 Asia Timur
Slot AFC Cup Akan Diberikan Kepada Juara Piala FA Dan Naib Juara Liga Super Mulai 2021
FC Goa Cipta Sejarah Sebagai Kelab India Yang Pertama Beraksi Dalam Saingan AFC Champions League