Sepanjang bulan November 2019 ini, pasukan kebangsaan Malaysia telah turun beraksi dalam 3 perlawanan rasmi dan menang kesemua perlawanan tersebut yang telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Jika dilihat dari perspektif ranking FIFA pula, Malaysia telah berjaya mengutip 31.12 mata dari 3 perlawanan tersebut dimana perlawanan bertemu Thailand adalah yang paling banyak menyumbangkan mata sekitar 16.67 mata, diikuti oleh kemenangan keatas Indonesia 11.21 mata dan 3.24 mata ketika menewaskan Tajikistan.
Secara keseluruhannya, pada bulan November 2019, kita telah berjaya menambahkan +31.12 mata menjadikan jumlah baru kepada 1,040.07 mata dan angka itu kedudukan Malaysia telah naik sekitar 4 anak tangga ke kedudukan 154 dunia.
Pergerakan Kedudukan FIFA Ranking Yang Perlahan
Kami ada menerima beberapa soalan dari pembaca yang bertanya mengapa pergerakan kedudukan FIFA ranking Malaysia tidak banyak berubah berbanding beberapa negara lain.
Untuk memahami perkara ini, kita perlu meneliti dengan lebih lanjut mengenai ‘gap’ mata antara negara-negara yang ada dalam senarai ranking FIFA semasa sebagai contoh.
Dapat diperhatikan bahawa bagi negara-negara yang berada dalam ranking 150 dan keatas memiliki ‘gap’ mata yang lebih besar berbanding pasukan yang berada dalam ranking 150 kebawah. Apabila berada dalam kumpulan yang mempunyai gap yang besar ini, maka pertambahan mata yang banyak diperlukan oleh keluar dan seterusnya berada dalam kumpulan pasukan yang memiliki gap mata yang lebih kecil.
Apabila berada dalam kumpulan gap mata yang lebih kecil ini, pergerakan ranking FIFA akan lebih aktif dan berbanding apa yang berlaku kepada Malaysia sekarang – 31.12 mata tetapi hanya 4 ranking sahaja berubah.
Sebagai contoh, Hong Kong mencatatkan pertambahan +23.5 mata, namun mereka bergerak naik 10 tangga. Myanmar juga melonjak 10 kedudukan selepas mengutip +25.9 mata.
Kini, pasukan Malaysia semakin hampir untuk keluar dari kumpulan tersebut dan dijangka jika terus mencatatkan kemenangan dalam beberapa perlawanan selepas ini, kita dapat melihat pergerakan naik ranking FIFA Malaysia dengan lebih laju lagi.
Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
11 Mata FIFA Ranking Untuk Pasukan Malaysia Sekiranya Berjaya Tumbangkan Skuad Indonesia
Malaysia Berpeluang Untuk Menambah 3 Mata FIFA Ranking Sekiranya Menang Keatas Pasukan Tajikistan