FIFA baru sahaja mengeluarkan kemaskini terbaru kedudukan FIFA Ranking bagi bulan Disember 2019, dan pasukan Malaysia kekal berada dikedudukan 154 dunia dengan 1,040 mata.
Ramai juga mempersoalkan kenapa ranking Malaysia tidak melonjak begitu ketara walaupun telah berjaya mengutip 31.12 mata pada bulan November. Perkara ini jika diteliti, jarak jumlah mata diantara pasukan dalam kedudukan ranking 150 dan kebawah adalah sangat besar dan telah meminimakan pergerakn ranking.
Dengan beberapa laporan mengenai FAM akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara-negara yang memiliki ranking lebih tinggi tahun hadapan, ia mampu untuk membantu Malaysia keluar dari kepompong ranking 150 kebawah jika menang seterusnya kita akan dapat melihat pergerakan ranking yang lebih baik.
Mengimbau kembali kedudukan FIFA Ranking Malaysia pada awal tahun 2019 ini, kemaskini pertama FIFA adalah pada bulan Febuari 2019 dan ketika itu Malaysia menghuni kedudukan 167.
11 bulan berlalu, Malaysia secara keseluruhannya telah berjaya melonjak 13 anak tangga untuk memperbaiki kedudukan sebelum menutup tirai 2019 di ranking ke 154 dunia seperti yang diumumkan hari ini.
Artikel berkaitan dengan bola sepak Thailand dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
FIFA Ranking: Malaysia Melonjak 4 Kedudukan Ke Ranking 154 Dunia, Vietnam Kekal Dalam Top 100
Malaysia Kutip 31.12 Mata FIFA Ranking, Dijangka Akan Melonjak 4 Tangga Dalam Ranking Dunia
Ranking FIFA Vietnam Alami Kenaikan Mendadak Sejak Dikendalikan Park Hang-seo