Kelab Liga Super India (ISL), FC Goa semalam telah mencipta sejarah baharu apabila menjadi kelab yang pertama dari negara itu disahkan beraksi di peringkat kumpulan AFC Champions League pada tahun 2021.
FC Goa muncul sebagai juara ISL selepas menewaskan Jamshedpur FC, 5-0 dan menamatkan saingan liga dengan 39 mata selepas 18 perlawanan. Mereka juga berada 6 mata didepan pencabar terdekat, ATK yang masih mempunyai baki satu lagi perlawanan.
Sebelum ini, dua kelab dari India, Mohon Bagan dan East Bengal beraksi dalam saingan kelayakan AFC Champions League namun mereka tidak berjaya mara ke ke peringkat kumpulan sejak 2002.
An unforgettable night. 🧡#BeGoa #JFCFCG #HeroISL #FCGoainAsia pic.twitter.com/0EQ5Fi48XF
— FC Goa (@FCGoaOfficial) February 20, 2020
Selepas pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan akan menambah bilangan pasukan bertanding dalam saingan AFC Champions League mulai musim 2021 kepada 40 pasukan daripada 32 pasukan, Liga Super India telah diberikan satu slot automatik ke peringkat kumpulan.
Pemberian slot dibuat setelah mengambil kira kedudukan ranking MA (Member Association) terakhir pada bulan November 2019 sebagai asas menentukan 10 MA terbaik bagi kedua-dua bahagian zon Asia Barat dan Asia Timur.
India berada dalam kedudukan kelapan dalam zon Asia Barat dan MA yang berada di kedudukan ranking 7 hingga 10 layak mendapat slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League untuk mencukupkan 40 pasukan yang bertanding.
Bagaimanapun, tiada slot play-off akan diberikan kepada India dan mereka turut menerima 2 slot ke AFC Cup untuk pasukan yang tidak bergelar juara Liga.
Baca artikel lain untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembahagian slot AFC Champions League pada tahun 2021.
AFC MA Ranking: Filipina Sudah Potong Kedudukan Australia, Kini Berada Ditempat Ke-6 Asia Timur
Malaysia Bakal Terima 1 Slot Automatik Peringkat Kumpulan AFC Champions League Mulai Musim 2021