Pele tidak lama lagi boleh diabadikan di setiap negara apabila FIFA mahu negara yang bernaung di bawahnya agar meletakkan nama Pele pada salah satu stadium mereka.
Baca Juga:
- FIFA Ambil Tindakan Ke Atas Salt Bae
- Cristiano Ronaldo Beri Penghormatan Buat ‘Raja’ Pele
- Pele Meninggal Dunia Pada Usia 82 Tahun
Gianni Infantino berkata dia akan memulakan usaha itu dengan bercakap kepada semua konfederasi bola sepak di bawah FIFA.
Pele dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik, malah seringkali digelar legenda terbaik sepanjang zaman dalam permainan bola sepak.
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun sebelum penghujung tahun 2022 selepas berada di hospital untuk rawatan bagi masalah kanser yang dihadapinya.
FIFA to ask every country in the world to name a football stadium after Pelé to honour the Brazilian icon 🇧🇷 pic.twitter.com/j3r5K58YqX
— Football on TNT Sports (@footballontnt) January 2, 2023
Pele menjadi satu satunya pemain dalam sejarah yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali.
Dan dia menjaringkan lebih daripada 1,000 gol sepanjang kariernya. Oleh itu Infantino percaya semua orang perlu ada ingatan serta penghargaan yang berterusan tentang legasi itu ke mana sahaja mereka pergi.
Presiden FIFA memberitahu wartawan: “Kami akan meminta setiap negara di dunia menamakan salah satu stadium bola sepak mereka dengan nama Pele.”
In Pele’s home city Santos, FIFA President Gianni Infantino tells me why he wants every nation on earth to name a football stadium after the Brazilian icon. #Pele pic.twitter.com/2ICZNIQToj
— Steve Scott (@stevescott_itv) January 2, 2023
Dia berkata melakukan langkah ini bagi memastikan agar ‘kanak-kanak generasi baharu mengetahui kepentingan Pele’ dalam bola sepak dan dunia.
Ia akan menjadi menarik untuk melihat sama ada itu akan berlaku selepas ini,
Di Rio de Janeiro, rancangan untuk meletakkan nama Pele di stadium Maracana telah wujud sejak dua tahun lalu. Namun usaha itu tidak menjadi kenyataan.
Gabenor negeri yang memiliki kuasa veto ke atas idea itu telah memilih nama Estádio Jornalista Mário Filho.
Jadi, mungkinkah Brazil akan mengkaji semula untuk menjenamakan semula Maracana dengan nama Pele?