Federico Chiesa merupakan pemain muda Itali yang menjadi burun banyak kelab besar terutama sekali di Serie A.
Presiden Fiorentina menyatakan bahawa pihak mereka tidak mampu untuk memberikan jaminan bahawa pemain itu akan dapat dikekalkan.
Ini kerana, pasukan seperti Juventus dan Inter Milan turut mengintai penyerang sayap tersebut.
Seterusnya, di luar Itali, Man United sudah lama mengikuti perkembangan pemain ini dan sudah sedia untuk membawa masuk Chiesa pada perpindahan yang akan datang.
Italian winger Federico Chiesa could leave Fiorentina for the right price, says the club president. Manchester United, Juventus and Inter Milan are all interested in the 22-year-old. [Sky Italy] #mufc #RS
— Red Devil Updates (@reddupdates) April 16, 2020
Sejak musim 2018/19 Federico Chiesa sudah mencatatkan 9 gol daripaa 8 assist – dalam 4,630 minit aksi.
Musim ini, sebelum Serie A digantung seketika, sudah menaringkan 6 gol dan 3 assist daripada 23 perlawanan.
Beliau akan terlibat secara langsung dalam gol (menjaringkan gol atapun melakukan assist) setiap 272 minit peraminan.
Fiorentina hanya berharap pemain itu sebagai peminat Fiorentina sejak dari kecil. Ini kerana agak sukar untuk menyaingi tawaran daripada pasukan seperti Juventus mahupun Inter Milan.
Kontrak semasa Chiesa akan berakhir pada 2022. Beliau masih belum mempersetujui kontrak lanjutan di Fiorentina.
Juventus sebelum ini sudah memberikan bayangan mereka mahu melepaskan Douglas Costa.
Semetara itu Inter Milan dilihat tidak akan membeli Alexis Sanchez secara tetap. Federico Chiesa dianggap pilihan terbaik untuk mereka, berdasarkan usianya yang masih muda.
Fiorentina sedar bahawa, pemain tersebut pastinya sudah tahu bahawa beliau merupakan antara pemain rebutan ramai.
Lantas Commisso menegaskan pendirian Fiorentina bahawa, mereka nak pemain itu kekal, dan hanya menjualnya dengan tawaran yang memuaskan.
#Transfer #Juventus Federico Chiesa Available for the ‘Right Offer’ as Fiorentina President Alerts Liverpool & Man Utd https://t.co/Z7sNejqRSh
— What The Sport (@_whatthesport) April 17, 2020
Ini ditambah dengan kedudukan Fiorentina di carta liga ketika ini di luar 10 teratas, iaitu di tangga ke-13.
Harga semasa Chiesa adalah sekitar £60 juta di pasaran perpindahan.
Comisso memberitahu Top Calcio 24: “Saya berjanji, beliau boleh pergi apabila tawaran yang memuaskan kami terima.”
“Namun saya rasa situasi di Florence akan mampu menambat hati Federico untuk terus kekal bersama kita untuk mengharungi kempen [pada masa akan datang] dengan lebih baik.”
Baca perkembangan dari Eropah yang lain
Ejen Dedahkan Sane Mahu Tinggalkan Man City Untuk Bayern Kerana UCL