Peru menjadi salah satu negara yang dicalonkan sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 yang baharu menggantikan Indonesia untuk penganjuran kejohanan belia berprestij itu.
Memandangkan negara itu turut menjadi penganjur Piala Dunia B-17 yang akan datang.
Indonesia dibatalkan hak penganjuran Piala Dunia selepas ada isu dengan penerimaan atlet Israel.
Namun kini FIFA telah menarik balik cadangan itu.
Ini selepas Peru dibatalkan hak penganjuran Piala Dunia B-17 kerana fasiliti bola sepak di negara itu yang daif dan mundur.
Ini adalah kali kedua dalam masa dua minggu ini, FIFA membatalkan hak penganjuran Piala Dunia belia dan remaja.
Walaupun pembatalan hak penganjuran dibuat, namun FIFA komited bahawa pertandingan Piala Dunia B-17 akan terus dilangsungkan seperti dijadualkan pada 10 November sehingga 2 Disember akan datang.
Begitu juga jadual Piala Dunia B-20 akan dilaksanakan mengikut jadual asal.
Dalam kenyataan rasminya FIFA berkata: “Langkah ini diambil kerana ketidakmampuan negara tuan rumah untuk memenuhi komitmen untuk menyiapkan infrastruktur dan fasiliti yang diperlukan untuk menganjurkan pertandingan.”
FIFA memberikan pujian kepada FA Peru kerana sentiasa menunjukkan kesungguhan mahu menjadi tuan rumah. Namun masalah yang berlaku adalah kerana kegagalan mendapatkan pelabur dan juga bantuan daripada kerajaan.
Piala Dunia B-17 asalnya dijadualkan pada 2021, namun dibatalkan kerana pandemik dan dijadualkan semula pada 2023.
Selama tiga bulan ini, Peru telah berdepan masalah politik di negara itu. Banyak keganasan berlaku selepas penahanan presiden populis di negara itu, Pedro Castillo.
Timbalah Presiden, Dina Boluarte cuba mempertahankan kuasanya sebagai pengganti pada masa ini. Dan berjanji akan mengadakan pilihanraya yang adil pada 2026.
#OFFICIAL | 🚨 PERU WITHDRAWN AS HOST OF FIFA U17 WORLD CUP 2023
FIFA has announced it has withdrawn 🇵🇪 Peru's right to host the FIFA U-17 World Cup 2023™ following extensive discussions between FIFA and the Peruvian Football Federation (FPF).#FIFA pic.twitter.com/tG5rxILvjO
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) April 3, 2023
Pada 17 Januari lalu, terdapat rakyat Peru terbunuh dalam protes anti kerajaan.
Pada Disember tahun lalu, kerajaan Amerika Syarikat memberikan amaran kepada rakyatnya agar tidak melawat Peru pada masa ini kerana tiada jaminan keselamatan untuk pelancong.
Jadi FIFA perlu mencari tuan rumah baharu untuk Piala Dunia B-17 dan juga B-20.
Untuk Piala Dunia B-20, ada dua lagi negara menjadi calon menggantikan Indonesia iaitu Argentina atau Qatar.
Qatar sudah menyatakan bahawa mereka benar benar berminat untuk menjadi penganjur kejohanan itu.