FAS Soccer Schools dianugerahkan keahlian emas Piagam SupaRimau oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada satu majlis yang berlangsung di FAS Training Centre, Shah Alam, hari ini.

Dengan itu, FAS Soccer Schools menjadi akademi kedua selepas Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memperoleh keahlian emas Piagam SupaRimau FAM.

Sijil penganugerahan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo kepada Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon.

117715741_3126882354075174_2725244343102350799_o

Yang turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah Teknikal FAS, Michael Feichtenbeiner dan Ketua Unit Akar Umbi FAM, Samuel Siew.

Terdahulu, satu sesi penilaian telah diadakan di FAS Training Centre yang dihadiri oleh De Roo dan Samuel bagi menilai lima kriteria utama iaitu kepimpinan, perancangan, kemudahan, pertandingan dan pendidikan serta membentangkan kelebihan-kelebihan Piagam SupaRimau FAM.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Sepakan Mirip ‘Nakamura Bus Challenge’ Versi Tok Jiring Ini Viral, Pemandu Lori Sendiri Pulangkan Bola

Komen Merapu Netizen Malaysia Di Facebook KV Kortrijk Memalukan

Netizen Indonesia Ini ‘Jaki Betul’ Dengan Penghijrahan Luqman Hakim, Bandingkan Dengan Pencapaian Egy Maulana