Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi membayangkan pengendali dari Australia, Brad Maloney mungkin akan membimbing skuad Malaysia bawah 22 tahun (B-22) buat sementara waktu.
Meskipun terdapat khabar angin yang mengatakan jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bakal menggantikan tempat Datuk Ong Kim Swee yang tidak dilanjutkan kontrak namun FAM mahu Cheng Hoe memberi tumpuan sepenuhnya kepada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
“Jika ada apa-apa perlawanan persahabatan melibatkan skuad Malaysia B-22, Maloney akan mengisi tempat sebagai jurulatih sementara,” kata Yusoff Mahadi dalam New Straits Times.
FAM juga tidak mahu terburu-buru mencari pengganti Kim Swee dalam masa terdekat kerana skuad Malaysia B-22 tidak terlibat dalam apa-apa kejohanan penting pada tahun depan.
“Sebelum bulan jun (2020), kami tidak mahu fokus Cheng Hoe dalam kempen kelayakan Piala Dunia terjejas. Hanya ada satu portfolio untuknya dan kami tidak terfikir untuk melantiknya (sebagai jurulatih Malaysia B-22), jelasnya.
“Kami belum berfikir mengenainya (jurulatih Malaysia B-22). Tetapi akan ada perbincangan rasmi mengenai isu ini,” tambahnya.
FAM pada minggu lalu mengesahkan kontrak Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih Malaysia B-22 yang berakhir pada hujung bulan ini tidak akan disambung.
Perkara itu diumumkan selepas skuad negara gagal mencapai sasaran mara ke peringkat separuh akhir acara bola sepak lelaki temasya Sukan SEA 2019 di Filipina selepas tewas 1-3 kepada Kemboja.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam juga tidak menolak kemungkinan FAM akan mengikut jejak langkah Vietnam dan Thailand yang menggunakan khidmat jurulatih senior seperti Park Hang Seo dan Akira Nishino untuk bimbing pasukan muda.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia yang kami sediakan untuk anda melalui pautan dibawah.
Bekas Penyerang Selangor, Bambang Pamungkas Ambil Keputusan Bersara?
Bekas Pemain Kedah, Alvaro Silva Sertai Kelab Thai League 1, BG Pathum United
Ranking FIFA Vietnam Alami Kenaikan Mendadak Sejak Dikendalikan Park Hang-seo