Pemain pertahanan veteran skuad kebangsaan Filipina yang juga bekas pemain Kedah, Alvaro Silva meneruskan karier di saingan Thai League 1 dimana beliau menyertai BG Pathum United bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Perkara ini disahkan oleh pihak BG Pathum sendiri menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan dimana pasukan itu tertarik untuk menandatangani Alvaro yang sebelumnya menampilkan persembahan mantap ketika beraksi bersama Suphanburi FC pada musim 2019.

BG Pathum sendiri muncul juara saingan Thai League 2 musim ini dan pasukan itu berjaya melayakkan diri untuk beraksi dalam saingan Thai League 1 musim hadapan. Kehadiran pemain berusia 35 tahun itu bakal mengisi slot pemain import Asean dan beliau dilihat bakal bergandingan dengan anak kepada Fandi Ahmad iaitu Irfan Fandi di bahagian pertahanan.

Alvaro Silva
Sumber Gambar: Inikanbola.my

“Saya gembira dengan penghijrahan ke BG Pathum United. Kami mempunyai skuad yang bagus dan saya tidak sabar untuk menghadapi saingan musim 2020. Saya harap dapat memberikan yang terbaik buat pasukan ini,” kata Alvaro Silva setelah menandatangani kontrak selama semusim bersama BG Pathum.

Sejak meninggalkan Kedah setelah semusim beraksi bersama pasukan itu, Alvaro kembali ke Filipina dimana beliau menyertai Ceres-Negros sebelum berhijrah ke Thailand pada pertengahan tahun ini. Pemain kelahiran Andujar, Sepanyol ini turut beraksi dalam temasya Piala Asia 2019 bersama skuad kebangsaan Filipina.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Thai League di sini:

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

FA Thailand Tandatangan MOU Dengan King Power, Bina Kompleks Latihan Komprehensif Bernilai RM68.75 Juta

Bekas Pemain VfB Stuttgart, Hajime Hosogai Sertai Bangkok United