Pasukan Kelantan FC yang baru sahaja dibeli oleh ZamSaham kini secara rasmi sudah diluluskan penswastaan pasukan oleh FAM apabila menerima surat makluman perkara tersebut semalam.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (selepas ini “FAM”) melalui Pasukan Petugas ‘Pro Football’ telah mengkaji proses penswastaan ​​Kelantan FA (Langkah 1 hingga Langkah 7) dan dengan sukacitanya memaklumkan kepada Kelantan FA bahawa kami dengan ini meluluskan dan mengakui selesainya penswastaan Kelantan FA ke Kelab Bola Sepak Kelantan (selepas ini “Kelantan FC”).

Dengan pengesahan ini juga menjadikan baki 3 lagi pasukan yang masih belum dapat dipastikan apakah masa depan pasukan pada musim hadapan iaitu Pahang, PDRM dan juga UKM FC.

Seperti grafik yang telah kami keluarkan semalam, kini sudah ada 18 pasukan yang melengkapkan penswastaan yang ditetapkan oleh FAM dan baki 3 lagi pasukan bakal mengetahui nasib mereka hari ini.

Sekiranya gagal melengkapkan proses penswastaan ini, 3 pasukan tersebut tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super atau Liga Premier pada musim hadapan dan terpaksa ‘dihumban’ ke saingan Liga M3 seperti yang telah ditetapkan.

photo_2020-09-29_15-08-06

Sehingga artikel ini diterbitkan, ketiga-tiga pasukan tersebut masih belum memenuhi syarat penswastaan dan berkemungkinan besar akan beraksi dalam saingan M3. Dari maklumat lain yang diterima, saingan Liga Super musim 2021 nanti hanya akan disertai oleh 10 buah pasukan sahaja*.

Apapun, kita nantikan keputusan yang akan dibuat oleh FAM secara rasmi mengenai 3 buah pasukan itu hari ini sekiranya mereka layak untuk diluluskan atau tidak.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

4 Perlawanan Terkini Raih 3,648,654 Tontonan Di Platform Youtube, JDT Buktikan Miliki Daya Tarikan Unik

RTM Sports Akan Siarkan LIVE Perlawanan CIMB Liga Super JDT Bertemu Sabah Jumaat Ini

Safawi Rasid Dan Jafar Salmani Untuk Perancangan Jangka Masa Panjang, Perlu Masa Untuk Adaptasi ‘Dunia Baru’