Persatuan bola sepak Thailand (FAT) kini berdepan dengan risiko cash flow yang amat membimbangkan untuk meneruskan operasi mereka selepas banyak ‘kehilangan’ wang dari beberapa penajaan yang sudah menarik diri.

FAT yang boleh dikatakan ‘terduduk’ selepas pemegang hak penyiaran bola sepak domestik mereka, TrueVisions, menolak untuk tidak menyiarkan perlawanan bola sepak selepas 25 Oktober dan hanya mahu mematuhi kontrak asal sahaja.

Selain itu juga syarikat pengeluar kereta tersohor Jepun, Toyota, juga telah memutuskan untuk menarik diri dari deal penajaan untuk saingan Thai League Cup dan kekurangan financial support untuk saingan Thai League 3 juga menyebabkan FAT terperangkap dalam pelbagai masalah cash flow mereka.

Presiden FAT Mengakui Perlu Pinjam Duit Untuk ‘Survive’

Menurut laporan dari BangkokPost semalam, presiden FAT iaitu Pol Gen Somyot Poompunmuang mengakui mereka akan mempertingkatkan aliran tunai dengan membuat pinjaman dari FIFA, AFC, AFF dan beberapa lagi sumber dari dalam negara.

“Untuk membolehkan bola sepak Thailand terus bergerak, FAT perlukan duit. Pertandingan bola sepak domestik akan bermula tidak lama lagi dan mustahil untuk kami mencari duit melalui penajaan dalam masa yang singkat.”

“Pihak lembaga pengarah telah meluluskan cadangan untuk membuat pinjaman dari dalam dan luar negara serta kami mencari pinjaman yang mempunyai interest free bagi tempoh 6 bulan hingga setahun.”

“Kami (FAT) juga memerlukan tunai ditangan untuk membantu skuad kebangsaan Thailand melakukan persiapan perlawanan antarabangsa. Saya percaya kita mempunyai hubungan baik dengan FIFA dan AFC, yang mampu memberikan keyakinan FAT akan mendapat pinjaman yang diperlukan.”

VAR Tidak Akan Digunakan Dalam Baki Perlawanan Liga

Presiden FAT itu juga turut menjelaskan bahawa kekurangan dari segi kewangan ini juga akan menyebabkan penggunaan VAR tidak akan diteruskan untuk bagi perlawanan liga yang akan disambung nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Tahukah Anda Pemegang Hak Penyiaran Thai League Bayar RM433,953 Setiap Perlawanan Dalam Thai League 1?

RASMI: Luqman Hakim Sah Milik KV Kortrijk, Tandatangan Kontrak 5 Tahun Dianggarkan Bernilai 7 Angka

Jun Nishikawa Bakal Disambar Lille OSC Pada Harga RM12.5 Juta, Tahun Pertama Dipinjamkan Ke Liga Belgium

 

 

Sumber