Legenda Manchester United, Patrice Evra, mengatakan pasukan Liverpool di bawah Jurgen Klopp hari ini, tidak layak digelar pasukan yang hebat.

Menurutnya, The Reds hanya layak digelar kelab hebat jika mereka mengulangi pencapaian Man United dengan memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris tiga kali berturut-turut.

Enhy3mNXYAAK7TI

Liverpool memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada 2019 dan menduduki tempat kedua di Liga Perdana pada musim yang sama, dengan 97 mata.

The Reds terus memenangi gelaran liga perdana Inggeris musim lalu dengan 18 mata di atas City. Sekali lagi mencatatkan kutipan mata di atas 95 mata.

Terbaru, The Reds memecahkan rekod kelab, tidak kalah dalam 64 perlawanan berturut turut dalam aksi liga di tempat sendiri.

Namun, Evra, menegaskan selagi lagi Liverpool tak mengulangi pencapaian kejuaraan liga 3 kali berturut turut, dia tidak akan mengiktiraf pasukan itu sebagai pasukan hebat.

“Kita harus tenang, baru sembilan perlawanan. Saya akan memanggil mereka pasukan hebat jika mereka memenangi tiga gelaran liga berturut-turut,” kata Evra kepada Sky Sports.

“Sekiranya Liverpool tidak menang liga pada tahun ini, saya tidak akan memanggil mereka pasukan yang luar biasa,” tambah Patrice Evra.

“Ini semua mengenai konsistensi dan mereka memenangi liga tahun demi tahun, jadi ketika itulah baru kita boleh memanggil mereka pasukan Liverpool yang hebat,” kata Evra.

“Beberapa pasukan sebelumnya telah melakukannya. Saya akan memanggil mereka pasukan Liverpool terhebat jika mereka memenangi tiga gelaran liga berturut-turut,” tegas beliau lagi.

Baca juga perkembangan lain

UCL: Giroud Masuk Dan Menjaringkan Gol Kemenangan Masa Kecederaan

UCL: Man United Balas Dendam Dengan Menghancurkan Istanbul Basaksehir

Guardiola Mahu Grealish Dan Messi