Chelsea berkunjung ke Rennes untuk aksi Liga Juara Kuat Eropah Kumpulan E.
3 – Chelsea are looking to win three consecutive UEFA Champions League matches for the first time since December 2015, while they haven’t won three in a row without conceding since November 2013. Target. pic.twitter.com/wBx0ZyRO0p
— OptaJoe (@OptaJoe) November 24, 2020
Skuad bimbingan Frank Lampard berjaya mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati dengan gol kemenangan oleh Olivier Giroud.
Chelsea memulakan separuh masa pertama dengan aksi intensif. Dan mereka mendahului menerusi Callum Hudson-Odoi yang memanfaatkan bola hantaran Mason Mount pada minit ke-22.
6 – Only Olivier Giroud (11) has scored more European goals for Chelsea since Callum Hudson-Odoi's European debut for the club in October 2018 (6). Continental. pic.twitter.com/fSAvyTbdrh
— OptaJoe (@OptaJoe) November 24, 2020
Tersentak dengan gol itu pasukan tuan rumah memberikan tentangan sengit buat Chelsea. Kedua dua pasukan saling berbalas serangan.
Pada babak akhir separuh masa pertama, Rennes mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan apabila dihadiahkan sepakan percuma di luar kotak penalti.
Namun mereka mempersiakan peluang tersebut. Chelsea masuk ke bilik persalinan dengan pendahuluan satu gol.
Pada separuh masa kedua, Rennes dan Chelsea terus memberikan saingan sengit sesama mereka. Kedua dua pasukan memiliki penguasaan bola dan ciptaan peluang yang hampir seimbang.
Rennes malah mencipta lebih banyak percubaan ke arah gol Chelsea.
Lampard membuat 3 pertukaran pada minit ke-78, dengan Giroud antara yang dimasukkan.
Dan pada minit ke-85, Rennes akhirnya menyamakan kedudukan di mana Gerhou Guirassy menewaskan Edouard Mendy.
Ketika perlawanan seolah olah bakal berakhir dengan seri 1-1, Olivier Giroud memberikan kemenangan buat Chelsea dengan tandukan tepatnya pada masa kecederaan.
4 – Olivier Giroud is the 4th player to score for both Arsenal and Chelsea in the Champions League after William Gallas, Cesc Fabregas and Nicolas Anelka. Winner. pic.twitter.com/VD1CTFQZ1c
— OptaJoe (@OptaJoe) November 24, 2020
Chelsea menang 2-1 dan The Blues mara ke peringkat 16 terakhir sebagai pendahulu kumpulan E.
Baca juga perkembangan lain
UCL: Man United Balas Dendam Dengan Menghancurkan Istanbul Basaksehir
EPL: Hilang Ramai Tonggak Utama, Liverpool Tetap Terlalu Unggul Untuk Leicester