Patrice Evra ternyata sukar menelan kekalahan Perancis di tangan Argentina pada final Piala Dunia 2022.
Dalam aksi final tersebut, Argentina dan Perancis bermain dalam salah satu final paling menghiburkan dalam sejarah Piala Dunia.
Di mana 3 gol terhasil sepanjang 120 minit. Dan kemudian aksi dilanjutkan ke penentuan penalti.
Di mana Argentina menang ke atas Perancis untuk membawa pulang Piala Dunia kedua ke negara mereka. Perancis yang berstatus juara bertahan, terpaksa menelan kekalahan perit.
Patrice Evra berkongsi detik dia melihat Argentina menjulang Piala Dunia 2022, diketuai oleh Lionel Messi.
Pemain itu berkata kepada RMC:
“Saya menonton aksi final tersebut secara langsung dan saya menangis.”
“Saya tidak sangka ianya berlaku [Perancis akan kalah].”
“Aksi antara Perancis-Argentina, biar saya dedahkan kebenaran dengan kamu.”
“Saya pergi masuk ke dalam kereta dan menangis di sana.”
“Saya sakit selepas itu selama 3 hari.”
Patrice Evra on the World Cup final: “I watched the game live and I cried. I did not expect that. The France-Argentina, I tell you the truth, I went in my car and I cried. For three days I was ill.” @RMCsport 🗣️🇫🇷 pic.twitter.com/xJ5exhVxqX
— All About Argentina 🛎🇦🇷 (@AlbicelesteTalk) March 30, 2023
Kejuaraan Piala Dunia 2022 telah melengkapkan trofi dalam karier Lionel Messi.
Sebelum ini Emi Martinez pernah berkongsi cerita bagaimana Messi memberitahu kepada rakan rakannya, dia sangat dahagakan piala untuk negaranya.
Terutama sekali Piala Dunia yang merupakan piala paling beprestij dalam bola sepak.
Ketika itu Messi masih kempunan untuk memberikan trofi kepada negaranya di sebalik kariernya yang luar biasa di peringkat kelab bersama Barcelona.
Messi kemudian membantu Argentina menjulang Copa America, piala pertamanya bersama negara. Kemudian menjulang Finalissima dan seterusnya, jackpot, Piala Dunia.