Jika Manchester City tewas dalam aksi pada hari ini, bermakna Liverpool boleh dinobatkan sebagai juara tanpa perlu menanti kunjungan mereka ke Etihad.
Liverpool mencipta kemenangan bergaya dengan aksi sangat cemerlang menentang Crystal Palace di Anfield.
Liverpool menurunkan skuad terkuat mereka dengan kehadiran semula Mohamed Salah dan Andrew Robertson di dalam pasukan mereka.
Skuad bimbingan Jurgen Klopp menang 4-0 ke atas skuad Roy Hodgson.
Liverpool di hadapan seawal minit ke-23 menerusi sepakan percuma menarik daripada Trent Alexander Arnold.
Trent Alexander-Arnold has a Champions League winners medal, a mural outside Anfield and 30 Premier League goal involvements.
Not bad for a 21-year-old right-back 👏 pic.twitter.com/l44V5H3ukS
— ESPN FC (@ESPNFC) June 24, 2020
Liverpool menggandakan kelebihan gol dengan jaringan menarik daripada Mo Salah pada minit ke-44.
Di mana pemain antarabangsa Mesir itu menerima hantaran cantik daripada Fabinho dan kemudian merembat masuk boleh tersebut.
Gol tersebut menandakan sudah 100 gol dijaringkan Liverpool pada musim ini dalam semua pertandingan.
Of course @MoSalah scored @LFCUSA's 100th goal of the season ⚡ pic.twitter.com/nkyb09bsGb
— FOX Soccer (@FOXSoccer) June 24, 2020
Bersambung pada babak kedua, Fabinho yang sangat kental sepanjang malam, telah menjaringkan gol ketiga pasukannya.
Satu rembatan deras jarak jauh yang menewaskan Wayen Hennesssy.
Tidak terhenti di situ, Liverpool memastikan mereka selesa dengan empat gol di hadapan menerusi gol oleh Sadio Mane pada minit ke-69.
Kemenangan yang kembali menjarakkan Liverpool 23 mata daripada Man City.
Liverpool kini hanya dibezakan dua mata daripada kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka.
Baca juga perkembangan lain
Barcelona Setuju Tukar Arthur Dengan Pjanic, Adakah Ia Langkah Tepat?