Arsenal dilaporkan mencapai persetujuan untuk melanjutkan l kontrak David Luiz selama setahun lagi.
Sebelum ini David Luiz menyatakan beliau perlu membuat keputusan besar dalam kariernya. Merujuk kepada isu kontrak beliau
di Arsenal.
Luiz juga dikaitkan dengan kepulangan semula ke Benfica. Namun ia tak berlaku nampak gayanya.
Ini kerana pemain bek tengah Brazil itu sudah setuju untuk terus kekal di Arsenal setahun lagi.
Berlaku sedikit konflik apabila pengurusan Arsenal awalnya mahu melanjutkan kontrak Luiz untuk jangka pendek iaitu untuk sehingga tamat liga musim ini.
Tetapi Luiz dikatakan tidak berminat dengan perjanjian seperti itu. Dan Arsenal akhirnya setuju untuk menawarkan setahun kontrak lanjutan.
David Luiz bukan nama yang digemari penyokong Arsenal ketika ini. Ianya kerana aksi teruk Luiz dalam aksi berdepan Man City sebelum ini dan beberapa siri kesilapan beliau sejak menyertai Arsenal.
Luiz dilihat masih gagal menunjukkan kualiti sebenar yang diperlukan Arsenal.
Selain daripada David Luiz, Arsenal juga dikatakan menawarkan kontrak empat tahun kepada Cedric Soares – Menurut koresponden paling dipercayai peminat Arsenal, David Ornstein.
🚨 Hearing Arsenal have signed:
🔴 David Luiz to a 1-year contract
🔴 Cedric Soares to a 4-year contract 🔴 Pablo Mari to a 4-year contract
The defenders will be part of Mikel Arteta’s rebuilding job at #AFC
@TheAthleticUK: https://t.co/qDXi0s3GLI— David Ornstein (@David_Ornstein) June 23, 2020
Soares ditandatangani Arsenal secara pinjaman. Namun masih tidak dapat membuat sebarang penampilan pada musim ini.
Beliau berjaya pulih ketika rehat Covid-19. Tetapi cedera sekali lagi hanya selepas dia kembali berlatih.
Selain daripada itu, Arsenal juga dikatakan yakin akan dapat menebus klausa pembelian tetap Pablo Mari bernilai sekitar £13.5 juta.
Pablo Mari antara pemain terbaru yang berada dalam senarai kecederaan pasukan Arsenal.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah