Tindakan Mikel Arteta dan pasukan perubatan Arsenal yang terus mengarahkan David Luiz bermain meskipun mengalami kecederaan di kepala semalam telah dikecam oleh peminat bola sepak.

Mereka mempertikaikan tindakan Arteta yang dianggap tidak profesional.

David Luiz dan Raul Jimenez bertembung ketika perebutan bola di udara. Dengan Jimenez terpaksa diusung keluar untuk mendapatkan rawatan di hospital.

0_JS224058753 (1)

Dalam kes David Luiz, sepatutnya petugas medikal Arsenal meminta agar Arteta mengeluarkan pemain itu.

Peminat Arsenal sendiri menganggap Arteta sebagai kejam kerana terus membiarkan Luiz beraksi.

arteta

Namun Arteta ada alasan tersendiri untuk terus membiarkan Luiz beraksi. Dan beliau menafikan cuai dalam SOP keselamatan pemain.

Luiz mengalami luka di dahinya dan dibalut kepalanya, serta terus bermain sepanjang separuh masa pertama.

Darah dapat dilihat mengalir melalui pembalut sepanjang 45 minit dan pada separuh masa kedua barulah Arteta memasukkan Rob Holding.

Arteta mengatakan semua protokol berkaitan kecederan ataupun gegaran kepala telah diikuti dan Luiz dibenarkan bermain kerana dia terlibat dalam duel dengan pembalut di kepalanya.

“David [Luiz] baik-baik saja,” kata Arteta kepada Sky Sports.

“Dia mengalami luka yang teruk dan dia dalam keadaan sedar. Dia menjalani ujian dan baik-baik saja. Kami benar-benar khuatir untuk Raul Jimenez kerana itu benar-benar teruk.”

“Apabila anda melihat reaksi pemain, anda tahu sesuatu yang sangat buruk sedang berlaku.”

“Kami mengikuti protokol untuk memeriksa dia [Luiz] tidak kehilangan kesedaran dan diikuti beberapa ujian berkaitan selepas itu.”

“Mereka akan terus melakukan pemeriksaan lagi padanya. Dia benar-benar tidak selesa dan tidak dapat menanduk bola dan tidak dapat meneruskan permainan.”

Baca juga perkembangan lain

EPL: Arsenal Kalah Lagi, Wolves Naik Ke Tangga Keenam

EPL: Chelsea Tak Ada Jawapan Untuk Pecahkan Taktik Bertahan Mourinho

Memanggil Kawannya Negr*to Di IG, Cavani Kini Disiasat FA