Selepas cemerlang menewaskan dua pasukan terbaik di England musim ini iaitu Liverpool dan Man City, Arsenal telah dikejutkan pasukan yang diambang penyingkiran iaitu Aston Villa.
Arsenal berkunjung ke Villa Park dengan harapan dapat membawa 3 mata dan cuba untuk kekal menghidupkan harapan yang sedikit untuk menamatkan saingan di enam teratas.
Namun aksi Arsenal di Villa Park sangat teruk. Di mana mereka gagal mencipta sebarang percubaan tepat dalam perlawanan ini.
Ancaman yang paling bahaya mereka hadirkan ketika Eddie Nketiah menanduk bola terkena tiang.
Aston Villa pula berjaya merakamkan kemenangan penting dalam usaha mereka untuk kekal di EPL.
Aston Villa moved ahead of Watford and out of the relegation zone with a win against Arsenal.
The final day of the Premier League season is going to be very tense.
Report: https://t.co/jTKvOeDc6P#bbcfootball pic.twitter.com/kXoEo2oUWM
— BBC Sport (@BBCSport) July 21, 2020
Aston Villa keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris buat pertama kalinya sejak 28 Februari, dengan baki satu perlawanan lagi, selepas kemenangan yang berharga ini.
Trezeguet menewaskan Emiliano Martinez dengan sentuhan pertama yang kuat.
Villa berjaya mendapatkan keputusan yang mereka inginkan selepas kekalahan 4-0 oleh Watford di tangan Manchester City, dalam aksi lebih awal.
Dan kini Villa berkelebihan dari segi perbezaan jaringan.
Kemenangan kedua Villa dalam tiga perlawanan telah memastikan hari terakhir yang dramatik pada hari Ahad ini.
Di mana Villa akanĀ berada di atas Watford dan Bournemouth sebelum sepak mula.
Ini merupakan kekalahan kesepuluh Arsenal pada musim ini. Bermakna, ini adalah musim ketiga berturut turut Arsenal merekodkan 10 kekalahan dalam semusim.
Hanya rekod 1981-1988 mereka lebih buruk dari ini, di mana mereka tewas 10 kali dalam semusim untuk tujuh musim berturut turut.
10 – Arsenal have lost 10 league matches for a third consecutive season for the first time since a run of seven between 1981/82 and 1987/88. Testing. #AVLARS pic.twitter.com/ZbRA78cYzO
— OptaJoe (@OptaJoe) July 21, 2020
Semasa perlawanan, sepanduk bertulis “Back Arteta Kroenke Out” diterbangkan dengan kapal terbang di atas Villa Park untuk menandakan protes kepada pemilik Arsenal, Stan Kroenke.
Arsenal gagal merekodkan sebarang on target, bukti mereka bergelut dengan kreativiti. Sedangkan mereka memiliki salah seorang pemain paling kreatif dalam generasinya, Mesut Ozil yang terus tak diturunkan sekali lagi.
Arsenal have failed to produce a shot on target for the second time in the Premier League this season:
0 vs. Man City
0 vs. Aston VillaCreativity missing… pic.twitter.com/s3FuCu0Xcs
— Squawka (@Squawka) July 21, 2020
Impian Arsenal untuk layak ke UEL menerusi kedudukan liga sudah tertutup rapat. Dan mereka cuma ada talian hayat menerusi final Piala FA berdepan dengan Chelsea.
Baca juga perkembangan lain
Govou Klaim Benzema Lagi Bagus Dari Henry Sebagai Penyerang Lengkap Dan Pemimpin
Ole Bidas Mourinho & Lampard: Faktanya, Man United Banyak Menjadi Mangsa VAR