Arsenal berjaya meneruskan rentak kemenangan mereka. The Gunners membawa pulang 3 mata dari markas bersalji di West Brom dengan kemenangan 4-0.
Just a bit of snow ahead of West Brom-Arsenal 🥶 pic.twitter.com/cV4hYFNmnK
— B/R Football (@brfootball) January 2, 2021
Arsenal memulakan perlawanan dengan menemui rentak awal. Mereka mendominasi perlawanan sejak awal lagi. Aubameyang mendapat peluang apabila menerima hantaran Bukayo Saka. Namun kapten Arsenal dan Gabon itu terus ‘malu malu’ di haadapan gol.
The Baggies hampir membuka gol pada minit ke-21 setelah Matthew Phillips melepaskan rembatan deras, tetapi bola tepat ke arah Bernd Leno dan penjaga gawang dengan mudah menyelamatkannya.
Setelah beberapa percubaan, Arsenal akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-23. Kieran Tierney memasuki kotak penalti selepas melepasi beberapa pemain lawan dan menewaskan Sam Johnstone dengan rembatan lencong.
Hanya selang 5 minit, gawang West Brom bocor lagi. Kali ini menerusi salah seorang pemain terbaik Arsenal musim ini, Bukayo Saka. Saka berjaya menyempurnakan hantaran oleh seorang lagi graduan akademi Arsenal iaitu Emile Smith Rowe.
😰 Running out of words for this guy…
Take a bow, @BukayoSaka87 👏 pic.twitter.com/Rtvit7OV26
— Arsenal (@Arsenal) January 2, 2021
Pada akhir babak separuh masa pertama, Saka dan Lacazette, masing masing memiliki peluang keemasan untuk menambah gol tetapi percubaan mereka dihadang oleh Johnstone.
Ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama, Big Sam membuat pertukaran pemain. Antaranya adalah memasukkan Charlie Austin untuk menggantikan Grady Diangana.
Hanya semini babak kedua berlangsung, gawang Arsenal bolos menerusi Robinson. Namun, gol itu tidak disahkan oleh pengadil, kerana Pereira sudah pun ofsaid terlebih dahulu.
Arsenal agak bergelut pada awal separuh masa kedua. Namun perlahan lahan mereka berjaya menemui rentak mereka kembali.
Hasilnya, pada minit ke-60, Lacazette menambah gol ketiga Arsenal selepas Johnstone gagal mengeluarkan percubaan Smith Rowe.
Empat minit kemudian, Lacazette sekali lagi mencatatkan namanya pada papan skor, setelah menyempurnakan hantaran silang Tierney. Sekaligus mencatatkan 3 gol dalam dua perlawanan terakhir selepas gol tunggal kemenangan dalam aksi sebelum ini.
Two goals in four minutes for Lacazette ⚡ pic.twitter.com/U5vy98YXiM
— B/R Football (@brfootball) January 2, 2021
Arsenal berjaya menang 4-0 dan semakin menghampiri 10 teratas. Arsenal kini berada di tangga ke-11.
Ini adalah kekalahan kedua berturut turut West Brom dengan skor besar – selepas kejayaan menjadi pasukan pertama membawa pulang 1 mata dari Anfield musim ini.
Selepas itu West Brom kalah 0-5 di tangan Leeds dan kini kalah 0-4. Bolos 9 gol dalam dua perlawanan terakhir.
Baca juga perkembangan lain
Dean Smith Tak Puas Hati, United Dapat Penalti Kerana Pogba Tersepak Kaki Sendiri
EPL: Penalti Fernandes Tewaskan Villa Dan Ikat Liverpool Di Puncak Liga
Spurs Terus Tertunggu Status Perlawanan, Mourinho Sindir PL Sebagai Terbaik Di Dunia